Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme

Baha Zain antara penyair tahun 1970-an yang sering memperagakan tema kemanusiaan sebagai sandaran idealisme kepenyairannya. Cerminan sebegitu merupakan medan mempertahankan hak dan suara kemanusiaan golongan tertindas, di samping sebagai usaha memasyarakatkan pemikiran melalui keintelektualannya. Te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faradi Mohamed Ghazali
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13278/1/MOHD%20FARADI%20BIN%20MOHAMED%20GHAZALI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13278/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.umk.eprints.13278
record_format eprints
spelling my.umk.eprints.132782023-06-01T03:05:20Z http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13278/ Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme Mohd Faradi Mohamed Ghazali Baha Zain antara penyair tahun 1970-an yang sering memperagakan tema kemanusiaan sebagai sandaran idealisme kepenyairannya. Cerminan sebegitu merupakan medan mempertahankan hak dan suara kemanusiaan golongan tertindas, di samping sebagai usaha memasyarakatkan pemikiran melalui keintelektualannya. Teknik kepengarangan puisinya pada peringkat awal berentak lantang, provokasi, radikal dan sosialis. Namun, lewat puisi mutakhirnya dikesani sering berkisarkan kejiwaan yang menyentuh aspek ketuhanan. Hal ini disandarkan terhadap penelitian pada lima buah kumpulan puisi awal dan puisi mutakhirnya seperti Perempuan dan Bayang-Bayang (1974), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa ke Kota (1994), Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak lain (2008) serta puisi eceran Dewan Sastera (2007-2018). Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti tahap keunggulan teknik kepengarangan puisi Baha Zain melalui elemen tema, bentuk, dan gaya bahasa. Selain itu, ketekalan Baha Zain menjadikan tema kemanusiaan dalam gagasan kepengarangannya pada peringkat awal dan mutakhir turut diberi perhatian, di samping mengemukakan faktor perubahan teknik kepengarangan puisi Baha Zain bersandarkan evolusi zaman kehidupannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berorientasikan kajian kepustakaan sepenuhnya dengan menjadikan beberapa buah kumpulan puisi awal, puisi mutakhir dan puisi eceran sebagai sampel utama data. Kaedah kata kunci bertepatan dengan persoalan dan objektif kajian seperti kepengarangan atau idealisme penyair, tema dan persoalan puisi kemanusiaan, gaya bahasa, dan reka bentuk puisi dijadikan sebagai sampel utama data kepustakaan. Kajian ini melibatkan analisis bersifat tekstual berdasarkan hubung kait sosiologi manusia melalui pengalaman persekitaran atau pengalaman peribadi. Sehubungan itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Teksdealisme melalui empat prinsip seperti; prinsip kehadiran, prinsip pengukuhan, prinsip pelanggaran dan prinsip individualisme sebagai penganalisisan bagi membuktikan keunggulan teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih. Hasil kajian menunjukkan ketekalan Baha Zain mengangkat isu kemanusiaan sepanjang zaman membuktikan kewibawaan beliau mempertahankan identiti dalam penghasilan karya, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat memperkasakan nilai kemanusiaan dalam kehidupan. Kajian ini juga menjelaskan ketinggian nilai kemanusiaan yang dipertahankan Baha Zain adalah kerana beliau meletakkan dirinya sebagai mewakili masyarakat bawahan dalam menyuarakan hak yang sewajarnya dipertahankan. Begitu juga, teknik penyampaian bervariasi memperlihatkan keperibadian Baha Zain dalam penghasilan puisi dan sekali gus membezakan kepengarangan beliau dengan penyair yang lain. 2022 UMK Etheses NonPeerReviewed text en http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13278/1/MOHD%20FARADI%20BIN%20MOHAMED%20GHAZALI.pdf Mohd Faradi Mohamed Ghazali (2022) Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)
institution Universiti Malaysia Kelantan
building Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Kelantan
content_source UMK Institutional Repository
url_provider http://umkeprints.umk.edu.my/
language English
description Baha Zain antara penyair tahun 1970-an yang sering memperagakan tema kemanusiaan sebagai sandaran idealisme kepenyairannya. Cerminan sebegitu merupakan medan mempertahankan hak dan suara kemanusiaan golongan tertindas, di samping sebagai usaha memasyarakatkan pemikiran melalui keintelektualannya. Teknik kepengarangan puisinya pada peringkat awal berentak lantang, provokasi, radikal dan sosialis. Namun, lewat puisi mutakhirnya dikesani sering berkisarkan kejiwaan yang menyentuh aspek ketuhanan. Hal ini disandarkan terhadap penelitian pada lima buah kumpulan puisi awal dan puisi mutakhirnya seperti Perempuan dan Bayang-Bayang (1974), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (1978), Tiga Catatan Perjalanan (1980), Jalan Desa ke Kota (1994), Menangguhkan Kebenaran dan Sajak-sajak lain (2008) serta puisi eceran Dewan Sastera (2007-2018). Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti tahap keunggulan teknik kepengarangan puisi Baha Zain melalui elemen tema, bentuk, dan gaya bahasa. Selain itu, ketekalan Baha Zain menjadikan tema kemanusiaan dalam gagasan kepengarangannya pada peringkat awal dan mutakhir turut diberi perhatian, di samping mengemukakan faktor perubahan teknik kepengarangan puisi Baha Zain bersandarkan evolusi zaman kehidupannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berorientasikan kajian kepustakaan sepenuhnya dengan menjadikan beberapa buah kumpulan puisi awal, puisi mutakhir dan puisi eceran sebagai sampel utama data. Kaedah kata kunci bertepatan dengan persoalan dan objektif kajian seperti kepengarangan atau idealisme penyair, tema dan persoalan puisi kemanusiaan, gaya bahasa, dan reka bentuk puisi dijadikan sebagai sampel utama data kepustakaan. Kajian ini melibatkan analisis bersifat tekstual berdasarkan hubung kait sosiologi manusia melalui pengalaman persekitaran atau pengalaman peribadi. Sehubungan itu, kajian ini mengaplikasikan Teori Teksdealisme melalui empat prinsip seperti; prinsip kehadiran, prinsip pengukuhan, prinsip pelanggaran dan prinsip individualisme sebagai penganalisisan bagi membuktikan keunggulan teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih. Hasil kajian menunjukkan ketekalan Baha Zain mengangkat isu kemanusiaan sepanjang zaman membuktikan kewibawaan beliau mempertahankan identiti dalam penghasilan karya, di samping memberi pendedahan kepada masyarakat memperkasakan nilai kemanusiaan dalam kehidupan. Kajian ini juga menjelaskan ketinggian nilai kemanusiaan yang dipertahankan Baha Zain adalah kerana beliau meletakkan dirinya sebagai mewakili masyarakat bawahan dalam menyuarakan hak yang sewajarnya dipertahankan. Begitu juga, teknik penyampaian bervariasi memperlihatkan keperibadian Baha Zain dalam penghasilan puisi dan sekali gus membezakan kepengarangan beliau dengan penyair yang lain.
format UMK Etheses
author Mohd Faradi Mohamed Ghazali
spellingShingle Mohd Faradi Mohamed Ghazali
Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
author_facet Mohd Faradi Mohamed Ghazali
author_sort Mohd Faradi Mohamed Ghazali
title Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
title_short Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
title_full Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
title_fullStr Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
title_full_unstemmed Teknik kepengarangan Baha Zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
title_sort teknik kepengarangan baha zain dalam puisi kemanusiaan terpilih berdasarkan teori teksdealisme
publishDate 2022
url http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13278/1/MOHD%20FARADI%20BIN%20MOHAMED%20GHAZALI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13278/
_version_ 1768013591901896704
score 13.160551