Kajian Jejak Warisan Yang Terdapat Di Daerah Bachok, Kelantan Yang Memberi Kesan Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat

Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kajian Jejak Warisan yang Terdapat di Daerah Bachok, Kelantan yang Memberi Kesan Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui kawasan-kawasan yang menjadi suatu jejak atau laluan yang membawa pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hazwana Amran
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13115/1/NUR%20HAZWANA%20BINTI%20AMRAN%20C19A0524.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13115/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kajian Jejak Warisan yang Terdapat di Daerah Bachok, Kelantan yang Memberi Kesan Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat. Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui kawasan-kawasan yang menjadi suatu jejak atau laluan yang membawa pengunjung ke kawasan yang memiliki unsur warisan. Tapak jejak warisan ini menjadikan sesuatu kawasan itu mempunyai potensi untuk dijadikan tapak warisan yang berasakan pelancongan. Berdasarkan kajian ini, terdapat pemasalahan kajian yang wujud. Antaranya ialah seperti apakah kawasan jejak warisan yang terdapat di daerah Bachok, apakah potensi pelancongan kawasan jejak warisan dan bagaimana kawasan jejak warisan yang ada di daerah Bachok ini mampu memberikan kesan ekonomi masyarakat setempat di daerah itu. Selain itu, objektif kajian penyelidikan ini adalah yang pertama ia untuk mengenalpasti jejak warisan yang terdapat di daerah Bachok, mengenalpasti potensi pelancongan yang ada di kawasan jejak warisan di daerah Bachok serta mengetahui kesan ekonomi masyarakat setempat terhadap kawasan jejak warisan. Seterusnya, penulisan ini juga adalah merangkumi data-data soal selidik dan temu bual daripada responden untuk memperkukuhkan lagi penyelidikan ini. Pada akhir bab ini, pengkaji telah menyimpulkan bahawa terdapat banyak kawasan jejak warisan yang ada di daerah Bachok ini yang pengunjung tidak mengetahui. Oleh itu, pemeliharaan kawasan jejak warisan perlu dilakukan agar dapat menjaga nilai warisan yang ada. Kata Kunci: Daerah Bachok, ekonomi, jejak warisan, Kelantan, masyarakat setempat, unsur warisan