Unsur Patriotisme Dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa : Satu Kajian Berdasarkan Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

Kajian terhadap unsur patriotisme sememangnya masih memerlukan penelitian yang mendalam bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang menjalankan penelitian terperinci terhadap unsur patriotisme yang terkandung di dalam novel Leftenan Adna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hanis Mohd Ramlee
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13114/1/NUR%20HANIS%20BINTI%20MOHD%20RAMLEE%20C19A0522.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13114/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian terhadap unsur patriotisme sememangnya masih memerlukan penelitian yang mendalam bagi membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Kajian ini merupakan sebuah kajian yang menjalankan penelitian terperinci terhadap unsur patriotisme yang terkandung di dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Hal ini demikian kerana unsur-unsur patriotisme menerusi novel ini merupakan salah satu media pendidikan yang boleh dimanfaatkan sebagai acuan dalam pembentukan moral masyarakat yang progresif. Dalam pada itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengisi kelompongan kajian-kajian lepas yang lebih memfokuskan kepada nilai-nilai patriotisme dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa tanpa menelusuri tentang unsur patriotisme di dalamnya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis unsur patriotisme dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa serta kepentingan unsur patriotisme tersebut kepada masyarakat. Namun begitu, pengkaji telah membataskan dengan memilih hanya empat unsur patriotisme yang paling banyak dipaparkan di dalam novel antaranya adalah sikap rela berkorban, semangat cinta kepada negara, semangat kekitaan dan sikap berjuang menuntut kemerdekaan. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan, kaedah tekstual dan kaedah teoritikal. Dalam pada itu, Teori Pengkaedahan Melayu menerusi Pendekatan Moral turut diaplikasikan bagi tujuan pengukuhan. Hasil analisis telah membuktikan bahawa unsur patriotisme yang terkandung dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini mampu memberikan kesan serta kepentingan dalam membentuk masyarakat yang sayang dan cinta kepada negara Malaysia. Kata kunci : Patriotisme, Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Masyarakat, Teori Pengkaedahan Melayu