Bahasa Kiasan Dalam Pantun Lisan Berdasarkan Kurik Kundi Merah Saga: Aplikasi Pendekatan Gunaan.

Kajian ini berkenaan dengan Bahasa Kiasan Dalam Pantun Lisan. Berdasarkan Kurik Kundi Merah Saga: Aplikasi Pendekatan Gunaan. Oleh itu, pendekatan gunaan dalam teori pengkaedahan Melayu sangat bersesuaian dengan objektif kajian. Batasan kajian ini hanya berfokuskan pada pantun lisan yang bertemakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Aqma Fazlin Shahidin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13090/1/Nor%20Aqma%20Fazlin%20%20Shahidin.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13090/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berkenaan dengan Bahasa Kiasan Dalam Pantun Lisan. Berdasarkan Kurik Kundi Merah Saga: Aplikasi Pendekatan Gunaan. Oleh itu, pendekatan gunaan dalam teori pengkaedahan Melayu sangat bersesuaian dengan objektif kajian. Batasan kajian ini hanya berfokuskan pada pantun lisan yang bertemakan kiasan. Kajian ini adalah untuk memperlihatkan dan memperjelaskan berkenaan dengan jenis-jenis bahasa kiasan dan juga fungsi-fungsi bahasa kiasan dalam buku Kurik Kundi Merah Saga. Hal ini demikian kerana, kajian lepas yang pernah dibuat tidak banyak yang mengkaji berkenaan dengan bahasa kiasan dalam pantun lisan. Justeru itu,kajian ini membincangkan jenis-jenis bahasa kiasan dan menganalisis fungsi-fungsi bahasa kiasan. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ialah bersifat kualitatif iaitu daripada kepustakaan, teori dan sumber internet. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa gabungan penggunaan pendekatan gunaan yang terkandung dalam teori pengkaedahan Melayu dengan tajuk kajian memberi idea dan sebagai sumber rujukan yang bernas dan secara tidak langsung kajian yang dihasilkan dapat memperlihatkan tentang kehidupan sebenar masyarakat Melayu. Cadangan untuk kajian supaya lebih diperkembangkan dan diluaskan lagi bagi berkongsi kepada pengkaji lain dan masyarakat di luar sana betapa pentingnya penerapan bahasa kiasan dalam kehidupan setiap manusia atau individu. Hal ini demikian kerana, bahasa kiasan juga dianggap sebagai bahasa orang Melayu pada zaman dahulu kala yang dijadikan sebagai salah satu identiti dan jati diri orang Melayu. Kesimpulannya, kajian berkaitan dengan bahasa kiasan dalam pantun lisan sangat sesuai digunakan bersamaan dengan pendekatan.