Nilai-nilai moral dan pembentukan akhlak dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra: pendekatan moral

Gurindam merupakan puisi tradisional melayu yang telah wujud sejak masyarakat melayu lama. Gurindam banyak memaparkan nilai-nilai kehidupan untuk menegur dan mendidik masyarakat melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nasha Azreena Mohd Jaihan
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13071/1/NASHA%20AZREENA%20BINTI%20MOHD%20JAIHAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13071/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gurindam merupakan puisi tradisional melayu yang telah wujud sejak masyarakat melayu lama. Gurindam banyak memaparkan nilai-nilai kehidupan untuk menegur dan mendidik masyarakat melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga di analisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu dengan menggunakan pendekatan moral. Pengkaji mendapati bahawa nilai-nilai moral yang terkandung dalam buku puisi Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra ini sememangnya dapat memberikan nilai pengajaran serta mampu membentuk akhlak individu dan masyarakat. Oleh itu, pendekatan moral diambil bersesuaian untuk mengupas nilai-nilai moral yang terkandung didalamnya. Berdasarkan sorotan kajian lepas tentang nilai-nilai moral masih terdapat kelopongan daripada pengkaji lepas melalui Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra. Oleh itu, objektif utama dalam penyelidikan ini adalah dengan mengenalpasti nilai-nilai moral dan pembentukan akhlak dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra. Hasil dapatan kajian ini, pengkaji telah menemukan beberapa nilai-nilai moral seperti nilai kepercayaan kepada tuhan, nilai hormat-menghormati, nilai kejujuran, nilai kerajinan, nilai hemah tinggi, nilai toleransi dan nilai kesyukuran. Justeru itu, nilai-nilai moral yang terdapat dalam Gurindam Jiwa Penawar Duka karya Ami Masra ini dapat menjadi medium pembentukan akhlak yang baik sekaligus mewujudkan kehidupan yang unggul.