Elemen-elemen Sosiobudaya Masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal: Aplikasi Teori Sosial oleh Emile Durkheim

Kajian adalah ingin menerokai sosiobudaya masyarakat dan cuba mengangkat Hikayat Anggun Cik Tunggal supaya dikenali oleh orang ramai dan menjadi hikayat yang terkenal seperti Hikayat Hang Tuah. Hal ini kerana, kajian ini mendapati bahawa kebanyakan kajian-kajian lepas hanya tertumpu kepada hikayat-h...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Norsyahira Aila Abdul Rahman
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13069/1/NIK%20NORSYAHIRA%20AILA%20BINTI%20ABDUL%20RAHMAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13069/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian adalah ingin menerokai sosiobudaya masyarakat dan cuba mengangkat Hikayat Anggun Cik Tunggal supaya dikenali oleh orang ramai dan menjadi hikayat yang terkenal seperti Hikayat Hang Tuah. Hal ini kerana, kajian ini mendapati bahawa kebanyakan kajian-kajian lepas hanya tertumpu kepada hikayat-hikayat popular sahaja seperti Hikayat Hang Tuah kerana hikayat ini telah diadaptasi ke filem. Oleh itu, kajian adalah untuk membincangkan, menganalisis elemen-elemen sosiobudaya masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal dengan mengaplikasikan teori sosial oleh Emile Durkheim dan membincangkan tentang fungsi-fungsi sosiobudaya masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal dengan mengaplikasikan teori sosial oleh Emile Durkheim. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah kepustakaan, teks kajian iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal, laman web dan teori sosial oleh Emile Durkheim. Selanjutnya, dapatan kajian ini adalah berkenaan dengan elemen-elemen sosiobudaya masyarakat dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal yang memerihalkan mengenai gambaran kehidupan golongan istana yang berlaku pada zaman masyarakat Melayu dahulu dan fungsi sosiobudaya dalam kehidupan seharian yang dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat. Oleh itu, kajian mengenai Hikayat ini harus diperbanyakan lagi dengan menggunakan teori sosial kerana ia banyak memerihalkan berkenaan dengan kehidupan masyarakat yang dapat dijadikan sebagai panduan dan pengajaran kepada masyarakat kini.