Penggunaan teromba dalam pengacaraan majlis: satu kesantunan bahasa

Teromba merupakan salah satu pantun tradisional yang sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat. Makalah ini ditulis untuk mengenal pasti dengan jelas unsur kesantunan bahasa yang wujud di dalam teromba. Penulisan dan penghasilan teromba dilengkapi dengan susunan dan gabungan perk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatah Aswadi Bin Nasri
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13066/1/FATAH%20ASWADI%20BIN%20NASRI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13066/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teromba merupakan salah satu pantun tradisional yang sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat. Makalah ini ditulis untuk mengenal pasti dengan jelas unsur kesantunan bahasa yang wujud di dalam teromba. Penulisan dan penghasilan teromba dilengkapi dengan susunan dan gabungan perkataan yang berada pada peringkat tertinggi bahasa. Pada peringkat awal kajian juga telah terbukti jelas bahawa teromba itu kaya dengan bahasa yang cukup indah dan mempunyai masuk tesirat yang mendalam. Oleh itu, koleksi teromba yang telah dikumpulkan oleh Mohd Rosli Saludin di dalam buku Teromba Pengacaraan Majlis (2009) telah digunakan untuk menghasilkan analisis dengan lebih jelas. Kajian mengenai unsur kesantunan bahasa terhadap teromba ini dikatakan istimewa kerana bakal memberi input dan pendedahan kepada para pembacara tentang kewujudan jenis-jenis teromba pengacaraan majlis dan penerapan elemen kesantunan bahasa di dalam setiap bait teromba itu sendiri. Pada akhir kajian ini, pembaca akan mampu menilai dan memahami kepentingan pengacara majlis menggunakan teromba di dalam sebarang majlis untuk menzahirkan aspek kesantunan ketika mengacarakan majlis juga. Penulisan ini akan memberi gambaran umum bahawa masyarakat Melayu mempunyai tahap intektual yang sangat tinggi kerana berjaya menyusun banyak pantun dan juga teromba yang kaya dengan penggunaan bahasa yang menarik.