Bentuk dan makna pergerakan Tarian Wau Bulan di JKKN, Kelantan

Tarian Wau Bulan merupakan salah satu tarian rakyat yang pada masa kini masih lagi popular di kalangan masyarakat terutamnya di negeri Kelantan. Tarian ini menjadi simbol kepada masyarakat di Kelantan kerana ianya merupakan salah satu bentuk budaya masyarakat Kelantan yang hidup sejak zaman dahulu l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nursahfizah binti Mohd Nor Asrin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13063/1/SITI%20NURSAHFIZAH%20BINTI%20MOHD%20NOR%20ASRIN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13063/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarian Wau Bulan merupakan salah satu tarian rakyat yang pada masa kini masih lagi popular di kalangan masyarakat terutamnya di negeri Kelantan. Tarian ini menjadi simbol kepada masyarakat di Kelantan kerana ianya merupakan salah satu bentuk budaya masyarakat Kelantan yang hidup sejak zaman dahulu lagi. Tarian Wau Bulan yang menjadi rujukan kepada masyarakat luar yang ingin lebih mengenali warisan budaya yang ada di negeri Kelantan. Negeri Kelantan suatu ketika dahulu pernah mengharamkan segala bentuk persembahan untuk dipertontonkan kepada masyarakat dalam undang-undang negeri. Hal ini telah menarik minat kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana perubahan yang berlaku dalam seni persembahan yang berkaitan dengan tarian di negeri Kelantan setelah undang-undang tersebut wujud. Tarian Wau Bulan menjadi bahan yang di rujuk serta bentuk dan makna dalam pergerakan tarian Wau Bulan menjadi topik yang akan dibincangkan dalam kajian. Tujuan kajian ini mengambil bentuk dan makna dalam pergerakan menjadi topik kajian kerana ianya merupakan salah satu elemen yang dapat dilihat sekiranya berlaku perubahan yang dapat di signifikasikan.