Kajian ke atas keaslian reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak

Rumah merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang dilengkapi dengan dinding dan bumbung. Rumah berfungsi sebagai tempat perlindungan kepada manusia daripada hujan, panas matahari, penceroboh dan ancaman daripada binatang buas. Namun, rumah tradisional Melayu seperti Rumah Kutai di Bota Kanan, Pera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainab binti Osman
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13029/1/ZAINAB%20BINTI%20OSMAN-C19A0852.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13029/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rumah merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang dilengkapi dengan dinding dan bumbung. Rumah berfungsi sebagai tempat perlindungan kepada manusia daripada hujan, panas matahari, penceroboh dan ancaman daripada binatang buas. Namun, rumah tradisional Melayu seperti Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak telah mengalami kepupusan dan penurunan terhadap pembinaannya kerana kehadiran bahan binaan seperti batu-bata, zink dan tiang konkrit. Perkara ini menyebabkan pembinaan Rumah Kutai semakin berkurangan. Oleh itu, ramai masyarakat telah beralih kepada pembinaan rumah yang lebih moden, mempunyai ruang yang besar dan luas. Bagi mencapai setiap objektif kajian, masalah yang timbul di dalam kajian akan dikenal pasti oleh pengkaji agar kajian dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Penyelidikan kajian ini ditulis oleh pengkaji adalah untuk memberi fokus kepada masalah kajian dengan menghuraikan ciri-ciri reka bentuk asal Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak. Pengkaji juga akan mengenal pasti perubahan reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak dan mengenal pasti faktor-faktor kepada perubahan reka bentuk Rumah Kutai di Bota Kanan, Perak. Bagi mendapatkan data dan maklumat di dalam kajian ini berkaitan dengan Rumah Kutai, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif dengan cara melakukan pemerhatian dan temubual.