Kajian Sejarah Dan Perkembangan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejarah dan perkembangan masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang yang telah menjadi antara masjid yang tertua di tanah melayu dan juga di Pulau Pinang. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah di Georgetown, Pulau Pinang. Iaitu antara kawasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Amyrul Hadi Suhaidi
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12999/1/Muhammad%20Amyrul%20Hadi%20Bin%20Suhaidi.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12999/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejarah dan perkembangan masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang yang telah menjadi antara masjid yang tertua di tanah melayu dan juga di Pulau Pinang. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah di Georgetown, Pulau Pinang. Iaitu antara kawasan yang paling banyak bangunan dan juga peristiwa yang bersejarah yang telah berlaku di negeri Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan untuk mengesan sejarah pembinaan masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang, bagi mengenalpasti pengaruh senibina yang digunakan dalam pembinaan masjid Kapitan Keling serta demi menganalisis langkah pemuliharaan yang sesuai digunakan pada masjid Kapitan, Keling dengan menggunakan kaedah kuantitatif seperti pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen, Setiap data yang diperolehi melalui kaedah tersebut dan dianalis dan dirumuskan untuk mencapai objektif kajian ini. Tambahan pula, kajian ini dilakukan kerana wujudnya kesedaran masyarakat yang kurang terhadap sejarah dan pemuliharaan serta pemeliharaan terhadap bangunan warisan seperti masjid Kapitan, Keling. Dapatan kajian yang dilakukan mendapati senibina masjid Kapitan, Keling ini telah dipengaruhi oleh senibina-senibina asing seperti senibina Moor. Selain itu, didapati juga bahawa terdapat beberapa usaha pembaikpulih ataupun proses konservasi telah dilakukan pada masjid Kapitan, Keling ini bagi memelihara struktur binaannya yang telah berusia lebih daripada 200 tahun. Kesimpulannya, kajian ini akan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk penyelidik akan datang yang ingin mengkaji tentang senibina masjid Kapitan, Keling ini.