Fenomena Sosial Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

Cerita rakyat merupakan kisah-kisah pada zaman dahulu yang diceritakan oleh nenek moyang kita dengan menjadikan lisan sebagai perantaraan. Cerita rakyat ini mempunyai pelbagai kisah-kisah yang memberi teladan dan nasihat kepada pembaca. Cerita rakyat juga terdiri daripada beberada jenis genre antara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Firdaus Kamaruzaman
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12991/1/MUHAMAD%20FIRDAUS%20BIN%20KAMARUZAMAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12991/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerita rakyat merupakan kisah-kisah pada zaman dahulu yang diceritakan oleh nenek moyang kita dengan menjadikan lisan sebagai perantaraan. Cerita rakyat ini mempunyai pelbagai kisah-kisah yang memberi teladan dan nasihat kepada pembaca. Cerita rakyat juga terdiri daripada beberada jenis genre antaranya sejarah, mistik, tokoh, binatang dan sebagainya. Fenomena sosial juga terkandung di dalam cerita rakyat yang dapat dijadikan contoh dan ikhtibar kepada pembaca. Namun pada hari ini masyarakat dilihat kurang prihatin untuk terhadap perubahan persekitaran sehingga menyebabkan mereka kurang cekap menangani masalah yang tidak dijangka berlaku. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti dan menganalisis fenomena sosial yang terdapat di dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Namun begitu, pengkaji telah membataskan kepada 49 cerita rakyat Melayu terpilih menerusi teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Selain itu, pengkaji menggunakan keadah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan rujukan teks atau dokumen. Kajian ini mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu dengan menerapkan Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Keagamaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa fenomena sosial yang berlaku di dalam cerita rakyat Melayu ini telah mengubah landskap kehidupan masyarakat Melayu pada hari ini. Hal ini kerana dunia telah berkembang dan maju mengikut kepada peredaran zaman. Hal tersebut telah membuatkan masyarakat Melayu turut sama berubah bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan. Maka, fenomena sosial telah diambil perhatian oleh masyarakat supaya dapat lebih maju dan berjaya seiring dengan peredaran masa.