Kajian Mengenai Penerimaan Masyarakat Jawa Di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor Terhadap Seni Persembahan Hamdolok

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerimaan masyarakat Jawa di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor terhadap seni persembahan Hamdolok. Terdapat tiga objektif yang digariskan dalam kajian ini antaranya adalah untuk mengenalpasti pengetahuan masyarakat Jawa tentang asal-usul tarian Ha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: NUR SYAZANA HUSSIN
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12978/1/Nur%20Syazana%20binti%20Hussin.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12978/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penerimaan masyarakat Jawa di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor terhadap seni persembahan Hamdolok. Terdapat tiga objektif yang digariskan dalam kajian ini antaranya adalah untuk mengenalpasti pengetahuan masyarakat Jawa tentang asal-usul tarian Hamdolok di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Seterusnya, objektif kedua adalah untuk mengkaji pengetahuan masyarakat Jawa tentang cara seni persembahan Hamdolok dipersembahkan di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Selain itu, objektif ketiga pula adalah untuk membincangkan sejauh mana penerimaan masyarakat di Kampung Rahmat, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor terhadap seni persembahan Hamdolok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif bagi mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai kajian yang dijalankan. Seramai dua orang informan telah di temu bual. Manakala, 70 orang responden telah terlibat dalam menjawab edara borang soal selidik. Oleh itu, perkara ini perlu dilihat agar kajian yang dijalankan oleh penyelidik dapat memberikan info dan maklumat baharu kepada semua individu, masyarakat, institusi dan negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarian Hamdolok. Kata Kunci: seni persembahan, Hamdolok, Jawa, Johor, penerimaan masyarakat