Kajian Tentang Pengalaman Pengguna Terhadap Penggunaan Muzium 360 Darjah Di Muzium Negara, Malaysia.

Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang pengalaman pengguna terhadap penggunaan muzium secara 360 darjah di Muzium Negara, Malaysia. Kajian ini juga memfokuskan ciri-ciri yang terdapat dalam penggunaan muzium 360 darjah di Muzium Negara, pengetahuan dan pengalaman pengguna terhadap penggunaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Ain Najwa Razali
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12971/1/FULL%20FYP%20%20.C19A0631.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12971/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang pengalaman pengguna terhadap penggunaan muzium secara 360 darjah di Muzium Negara, Malaysia. Kajian ini juga memfokuskan ciri-ciri yang terdapat dalam penggunaan muzium 360 darjah di Muzium Negara, pengetahuan dan pengalaman pengguna terhadap penggunaan muzium 360 darjah. Kajian ini juga berpandukan kepada teori kognitif pembelajaran multimedia oleh Mat Dawi dan kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif. Kaedah ini dijalankan menggunakan set soal selidik dan dianalisis menggunakan SPSS. Tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik diberikan kepada 357 orang responden yang dipilih secara rawak menggunakan jadual Krecjie Morgan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri yang terdapat dalam penggunaan muzium 360 darjah ada tiga iaitu kaedah rakaman fotografi dan videografi, penggunaan panorama 360 darjah dalam persekitaran maya dan panduan navigasi Muzium Negara di dalam laman web muzium 360 darjah. Selain itu, aspek pengetahuan dan pengalaman pengguna dalam menggunakan muzium 360 darjah memberikan impak yang positif dalam kalangan pengguna digital di luar sana. Melalui Muzium Negara yang dipamerkan secara 360 darjah mampu meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam permuziuman sekaligus dapat memberikan contoh yang baik kepada muzium yang lain untuk menggunakan teknologi yang ada di dalam Malaysia. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi penggunaan muzium secara 360 darjah. Kata Kunci: Muzium 360 darjah, Pengalaman Pengguna, Muzium Negara