Unsur Mitos Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

Cerita rakyat Melayu adalah salah satu bentuk cerita sastera rakyat Melayu yang tertua di alam Melayu. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti unsur mitos yang terdapat dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan dan menganalisis unsur mitos yang terka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Afiqah Zulkefli
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:English
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12970/1/PROJEK%20PENYELIDIKAN%20DUA.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12970/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerita rakyat Melayu adalah salah satu bentuk cerita sastera rakyat Melayu yang tertua di alam Melayu. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti unsur mitos yang terdapat dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan dan menganalisis unsur mitos yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini telah dijalankan kerana masih terdapat kekurangan kajian lepas mengenai unsur mitos yang dilakukan terhadap teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan serta penggunaan buku ini juga masih lagi baharu dan ianya merupakan hasil terbitan pertama yang belum dikaji sepenuhnya oleh para penyelidik lain. Perkara ini telah mendorong pengkaji untuk melaksanakan kajian ini dengan lebih mendalam yang berpandukan batasan kajian iaitu menghuraikan secara keseluruhan mengenai penceritaan yang bertajuk “Unsur Mitos dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu”. Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif dengan memfokuskan kaedah kepustakaan dan kaedah rujukan teks atau dokumen yang berpaksikan kepada penggunaan pendekatan teori pengkaedahan Melayu. Oleh itu, kajian ini menggunakan teori pengkaedahan Melayu kerana teori tersebut adalah cabang penting dalam kesusasteraan Melayu yang banyak mencerminkan sikap dan nilai kebudayaan Melayu itu sendiri bagi melambangkan bangsa Melayu dengan kekuatan agama Islam yang mampu mendatangkan nilai positif dalam diri setiap individu. Kata Kunci: Teks Seuntaian Naratif Lisan, Cerita Rakyat, Unsur Mitos, Teori Pengkaedahan Melayu