Kajian terhadap kaedah pendalang muda persembahan wayang kulit Kelantan Di Bachok Kelantan

Kajian berkenaan persembahan wayang kulit bukanlah satu bidang yang asing. Rintisan terhadap kajian mengenainya adalah rentetan daripada hasrat bagi merealisasikan untuk membuat satu dokumentasi berkenaan sejarah dan pengurusan persembahan wayang kulit terutama sekali dengan menggunapakai kaedah pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hadi Nor Haqim Bin Hashim
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12960/1/HADI%20NOR%20HAQIM%20BIN%20HASHIM.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12960/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian berkenaan persembahan wayang kulit bukanlah satu bidang yang asing. Rintisan terhadap kajian mengenainya adalah rentetan daripada hasrat bagi merealisasikan untuk membuat satu dokumentasi berkenaan sejarah dan pengurusan persembahan wayang kulit terutama sekali dengan menggunapakai kaedah pendalang muda dalam konteks kebudayaan masyarakat sekitar dan skop kajian merangkumi kawasan sekitar negeri Kelantan. Wayang kulit secara sejarahnya sudah wujud sejak ratusan tahun dahulu lagi. Ia juga mengangkat martabat kebudayaan ini selaras dengan tema masyarakat dan berpandukan nasihat dan tauladan sebagai medan untuk keunikan budaya tersebut. Meyelusuri apa yang terdapat pada wayang kulit ini jelas ditekankan untuk membawa maksud dan definisi sebenar akan kelangsungan kebudayaan wayang kulit terhadap pendalang muda. Perubahan stigma masyarakat terhadap kaedah pendalang muda dalam persembahan wayang kulit jelas menunjukkan tiada kajian yang khusus berkenaan topik ini. Oleh itu, perlu jelas akan kajian yang ingin dilakukan agar stigma masyarakat akan pro dan kontra terhadap kebudayaan wayang kulit menggunapakai kaedah pendalang muda dapat diperluas secara komprehensif dan terperinci.