Pembuatan kertas buatan tangan dari gentian nanas sebagai gantian kertas dalam rawatan konservasi manuskrip

Kertas merupakan bahan yang penting dan selalu digunakan semasa rawatan konservasi manuskrip. Kertas yang bebas asid dan diperbuat daripada bahan semula jadi menjadi pilihan utama konservator bagi menjalankan kerja restorasi manuskrip. Di dalam kajian ini, pengkaji mendapati wujud kesukaran dalam me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ainin Sofiya binti Jamalludin
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12953/1/AININ%20SOFIYA%20BINTI%20JAMALLUDIN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12953/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas merupakan bahan yang penting dan selalu digunakan semasa rawatan konservasi manuskrip. Kertas yang bebas asid dan diperbuat daripada bahan semula jadi menjadi pilihan utama konservator bagi menjalankan kerja restorasi manuskrip. Di dalam kajian ini, pengkaji mendapati wujud kesukaran dalam mendapatkan bahan yang menepati piawaian (standard) konservasi kertas dari sumber tempatan. Hal ini telah menyebabkan harga pasaran kertas konservasi menjadi mahal dan seterusnya rawatan konservasi tidak menjadi keutamaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menghasilkan kertas buatan tangan dari gentian nanas sebagai gantian kertas dalam rawatan konservasi manuskrip. Kajian ini akan menfokuskan kepada ciriciri gentian nanas sebagai bahan yang sesuai dalam penghasilan kertas buatan tangan, kekuatan gentian nanas sebagai kertas buatan tangan yang sesuai dalam kerja konservasi manuskrip, serta akan mencadangkan gentian nanas sebagai kertas buatan tangan yang digunakan dalam kerja konservasi manuskrip.