Perubatan tradisional dalam Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Kota Bharu, Kelantan

Silat merupakan seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan tersebar luas di Nusantara. Namun, tajuk yang dikaji iaitu „Perubatan Tradisional Dalam Seni Silat Pusaka Gayong di Kora Bharu, Kelantan‟ tidak diketahui oleh semua kalangan masyarakat ekoran daripada kekuran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Amalina Mat Rafi
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11871/2/Nur%20Amalina%20Binti%20Mat%20Rafi.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11871/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Silat merupakan seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dan tersebar luas di Nusantara. Namun, tajuk yang dikaji iaitu „Perubatan Tradisional Dalam Seni Silat Pusaka Gayong di Kora Bharu, Kelantan‟ tidak diketahui oleh semua kalangan masyarakat ekoran daripada kekurangan sumber ilmiah yang boleh mengangkat taraf perubatan tradisional ini meskipun elemen perubatan telah bergerak seiring dengan pembelajaran ilmu. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti penyakit dan kecederaan yang kerap diubati oleh gurulatih, mengkaji kaedah perubatan yang diamalkan di dalam pertubuhan seni silat dan mengetahui keberkesanan rawatan terhadap pesakit. Bagi menyokong kajian ini, pengkaji telah menggunakan Teori Max Weber untuk memperjelaskan tanggungjawab sebenar yang digalas oleh gurulatih dalam memimpin pertubuhan seni silat. Di samping itu, kajian ini juga amat berguna kepada lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kepada pelatih seni silat itu sendiri dimana mereka boleh meneroka ilmu baru seperti teknik merawat. Mengungkap secara lebih lanjut tentang penemuan perubatan dalam seni silat ini, pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kaedah etnografi dimana pengkaji sendiri melibatkan diri secara langsung dalam pertubuhan seni silat.