Eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab dalam persembahan Makyung: satu kajian perbandingan Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung di Kelantan

Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung merupakan dua buah kumpulan Makyung yang terkenal di Kelantan. Kumpulan Sri Gabus berasal dari Kampung Gabus, Pasir Mas, manakala Bunga Emas Seri Temenggung kini bertapak di Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. Boleh dikatakan bahawa K...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurdhiya Syahirah Aris
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11422/1/Nurdhiya%20Syahirah%20Aris.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11422/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kumpulan Sri Gabus dan Bunga Emas Seri Temenggung merupakan dua buah kumpulan Makyung yang terkenal di Kelantan. Kumpulan Sri Gabus berasal dari Kampung Gabus, Pasir Mas, manakala Bunga Emas Seri Temenggung kini bertapak di Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, Kelantan. Boleh dikatakan bahawa Kumpulan Sri Gabus berfungsi di luar bandar dan Bunga Emas Seri Temenggung pula di kawasan Bandar. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai gaya persembahan yang tersendiri. Kajian ini mengenai kurangnya kefahaman tentang eksplorasi gaya tarian yang dilakukan oleh dua kumpulan yang berbeza latar belakang. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab dan mengenalpasti perbezaan pergerakan tarian antara dua kumpulan tersebut. Analisis kajian ini berdasarkan wiraga, wirasa, wirama dan wirupa yang merupakan dasar estetika tari yang digunapakai di Indonesia. Dapatan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan lapangan yang melibatkan kaedah pemerhatian, temubual seperti pengkaji juga menceritakan tentang pengalaman sebagai penari yang turut serta dalam melakukan pergerakan tarian. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang ketara di antara kumpulan luar bandar dan kumpulan bandar ini dari aspek eksplorasi gerak yang terdapat daripada setiap tarian Mengadap Rebab. Kajian ini dapat memberi manfaat dan pendedahan terutama kepada generasi muda yang mengalami kekeliruan. Semoga kajian ini dapat memberi faedah kepada semua pihak dan memberi garis panduan dalam mengenalpasti eksplorasi gaya tarian Mengadap Rebab.