Teknik permainan serunai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran muzik tradisional wayang kulit Kelantan.

Kajian ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek yang diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran permulaan permainan serunai. Fokus kajian adalah berkaitan dengan teknik-teknik permainan, ungkapan serta istilah tradisional tempatan yang digunakan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin Yusof
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2008
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11004/1/Teknik%20permainan%20serunai%20dalam%20konteks%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20muzik%20tradisional%20wayang%20kulit%20Kelantan.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/11004/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek yang diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran permulaan permainan serunai. Fokus kajian adalah berkaitan dengan teknik-teknik permainan, ungkapan serta istilah tradisional tempatan yang digunakan oleh tenaga pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini perlu dijalankan memandangkan pemain-pemain serunai semakin berkurangan dan kebanyakannya terdiri daripada warga tua. Seorang pemain serunai terkenal di Pasir Mas, Kelantan iaitu En. Hamzah bin Yusof telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kualitatif yang melibatkan temuduga dan pemerhatian. Kaedah triangulasi digunakan untuk mengesahkan maklumat dalam persoalan kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran serunai secara tradisional dapat membantu memelihara tradisi permainan alat ini. Ia juga dapat dijadikan panduan bagi guru-guru untuk mengajar pelajar-pelajar baru dalam permainan serunai di sekolah dalam usaha memperkembang kembali teknik permainan alat serunai. Diharap kajian ini dapat membantu menghidupkan kembali muzik tradisional yang berkaitan dengan serunai.