Padang Merdeka (Padang Bank).

Padang Merdeka sudah dikenali umum semenjak 1844 apabila Istana Balai Besar dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Namun begitu, pada masa itu, Padang Merdeka dikenali dengan nama "Padang Kelupang" dan kemudiannya dikenali sebagai "Padang Bank"...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pelancongan & Sejarah Negeri Kelantan
Format: Image
Language:English
English
English
English
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10971/1/Padang%20Merdeka%20%28Padang%20Bank%29.jpg
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10971/6/IMG_3862.JPG
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10971/7/IMG_3940.JPG
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10971/8/IMG_3960.JPG
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10971/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Padang Merdeka sudah dikenali umum semenjak 1844 apabila Istana Balai Besar dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Namun begitu, pada masa itu, Padang Merdeka dikenali dengan nama "Padang Kelupang" dan kemudiannya dikenali sebagai "Padang Bank" oleh penduduk tempatan berikutan kewujudan sebuah bank di sebelahnya pada 1912 (The Mercantile Bank of India Limited atau Bank Kerapu). Padang Merdeka hanya dinamakan sedemikian bila mana pengisytiharan kemerdekaan bagi negeri Kelantan diadakan di sini pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka juga banyak menyaksikan pelbagai peristiwa penting. Selain pengisytiharan kemerdekaan, di sini juga mayat Tok Janggut, iaitu seorang pahlawan Kelantan yang bangkit menentang penjajah Inggeris, telah dimalukan digantung songsang di hadapan umum. Peristiwa berkenaan berlaku pada tahun 1915 setelah Tok Janggut terbunuh dalam satu pertempuran di Pasir Puteh. Antara yang dapat ditemukan di sini adalah tugu khas yang dibina oleh British sebagai memperingati warga British yang berkhidmat di Kelantan kemudian terkorban di pentas Perang Dunia Pertama (1914-1918) di Eropah. Pengungjung boleh membaca sendiri nama-nama mereka yang tercatit pada plak bertulis bahasa Inggeris, Melayu (JAWI), Cina dan Tamil di tugu berkenaan. Kini, pelbagai acara kebesaran negeri seperti Acara Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan diadakan di padang ini setiap tahun. Selain itu, padang ini juga turut sekali sekala dijadikan oleh penduduk setempat sebagai tempat beriadah dan bersukan. Padang Merdeka has been known to many since 1844 when Istana Balai Besar was first built during the reign of Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Howver, it those days, it was known as Padang Kelupang, then later known as the Padang Bank after a bank was opened nearby in 1912 (The Mercantile Bank of India Limited or Bank Kerapu). It started to be known as Padang Merdeka after the independence of Kelantan from Britain was declared here, on 31st August 1957. The Padang Merdeka is a spot of great historical values. Aside from being the site for the state declaration of independance, it was also where the body of a national hero Tok Janggut was hanged upside down in public by the British. Among the historical items which could be found here is a special memorial, built by the British just after the World War I (1914-1918) for the British nationals, who while serving in Kelantan, were sent to the battlefields of Europe and were killed in combat. Their names are engraved on metal plaques in Malay, English, Chinese and Tamil.