Bomoh nombor ekor: satu kajian kes di daerah Pasir Mas Kelantan.

Makalah ini menjelaskan aktiviti bomoh “nombor ekor” di daerah Pasir Mas Kelantan yang dipercayai mampu meramal atau menujum sesuatu nombor untuk kegunaan peribadi melalui perantaraan makhluk alam ghaib. Proses meramal nombor dilakukan melalui ritual yang dijalankan oleh seorang bomoh yang menggunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azlina Musa, Yusmilayati Yunos
Format: Non-Indexed Article
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10948/1/BOMOH%20NOMBOR%20EKOR_%20SATU%20KAJIAN%20KES%20DI%20DAERAH%20PASIR%20MAS%20KELANTAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10948/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini menjelaskan aktiviti bomoh “nombor ekor” di daerah Pasir Mas Kelantan yang dipercayai mampu meramal atau menujum sesuatu nombor untuk kegunaan peribadi melalui perantaraan makhluk alam ghaib. Proses meramal nombor dilakukan melalui ritual yang dijalankan oleh seorang bomoh yang menggunakan keris dengan jampi mantera sebagai medium utama. Anehnya nombor-nombor yang diramal oleh bomoh selalunya mengena (tepat dan hampir tepat) dan dapat memberi pulangan lumayan kepada peminat setia nombor ekor. Kemampuan tersebut dipercayai berlaku atas kerjasama makhluk belaan bomoh mahu pun makhluk yang dipuja dalam ritual meminta nombor ekor. Antara tujuan penulisan ini ialah melihat amalan membeli nombor ekor yang masih aktif diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di kawasan kajian dan faktor yang menyebabkan amalan ini berterusan hingga ke hari ini. Justeru itu, data makalah ini diperolehi melalui temubual, pemerhatian lapangan dan dilengkapkan dengan kajian kepustakaan. Beberapa orang bomoh dan penduduk di kawasan kajian ditemubual bagi mendapatkan maklumat secara terperinci. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebilangan penduduk di kawasan kajian masih meneruskan amalan meramal nombor ekor melalui bomoh dan biasanya nombor yang diramal akan menang. Ia semacam suatu amalan yang tidak dapat dipisahkan oleh masyarakat di kawasan tersebut. Sehubungan itu, melalui pendokumentasian kajian ini, ia diharap dapat menambahkan lagi sumber ilmu untuk rujukan dan kegunaan generasi akan datang. The article explains the mystical activities by the local shamans in foretelling probable lottery numbers in the district of Pasir Mas, Kelantan. The process will take place in a special ritual by a bomoh (a traditional Malay shaman) that would also involve a keris (a Malay traditional dagger), and a supernatural entity that acts as a medium. By using the keris and special incantations, the bomoh will call for aide from the supernatural entities, who then provide the desirable numbers to the bomoh during the ritual. Surprisingly, the numbers that were obtained from these rituals were often accurate and most who sought for these services from the local bomohs won the lottery without fail. The ability to gain the numbers’ accuracy is somehow related to the skill levels owned by these bomohs in getting assistance from the supernatural world. This article will further reveal on the practice of gambling through buying lottery tickets that are still prevalent in today’s Malay society especially in the focused place. For the sole p\urpose of this study, the data was collected through interview sessions with the local bomohs, ritual observations and extensive readings for detailed information. This article intends to highlight that the practice of foretelling lottery numbers is uncommon especially in getting quick cash among the locals of Pasir Mas.