Bola Katak.

Permainan bola katak ini lebih kurang sama dengan permainan kriket sekarang. Permainan ini biasanya dijalankan dengan berpasukan sekurang-kurangnya tiga empat orang pada satu-satu pasukan dan tidaklah lebih daripada sepuluh orang. Biasanya dimainkan oleh anak-anak yang berumur belasan tahun, tapi te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Salleh Mohd Akib, Hanapi Dollah
Format: Image
Language:English
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10893/1/Bola%20Katak.jpg
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10893/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permainan bola katak ini lebih kurang sama dengan permainan kriket sekarang. Permainan ini biasanya dijalankan dengan berpasukan sekurang-kurangnya tiga empat orang pada satu-satu pasukan dan tidaklah lebih daripada sepuluh orang. Biasanya dimainkan oleh anak-anak yang berumur belasan tahun, tapi terdapat juga pemuda yang turut bermain dengan meriahnya. Peralatan permainan ini adalah: 1. Bola dibuat daripada lilitan sekrap getah, biasanya bola itu sebesar lengan kanak-kanak. 2. pemukul yang disebut ‘pulbek’ dibuat daripada buluh atau kayu yang besar kira-kira secekak kanak-kanak dan panjangnya lebih kurang tiga kaki. 3. padang tempat bermain tidak ditentukan keluasanya dan memadai kawasan lapang. 4. Dikawasan lapang itu dipacak galang (tiang) sebagai penanda tempat berhenti. Kalau ramai pemain galang-galang itu dipacak lebih banyak. Bagaimanakah tidak ada peraturan khas tentang hal ini, hanya boleh dirundingkan antara kedua-dua pasukan yang bermain itu.