Produktiviti dan kecekapan kebolehpasaran graduan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan.

Kebolehpasaran graduan dan pengangguran dalam kalangan graduan telah lama menjadi antara isu utama di kebanyakan negara-negara membangun. Malah terdapat sesetengah negara yang menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) mere...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Norazam Nurdin
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10775/1/MOHD%20NORAZAM%20NURDIN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10775/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebolehpasaran graduan dan pengangguran dalam kalangan graduan telah lama menjadi antara isu utama di kebanyakan negara-negara membangun. Malah terdapat sesetengah negara yang menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) mereka. Setiap tahun, IPT melahirkan ribuan graduan yang akan bersaing dalam pasaran kerja. Pencapaian akademik dan kemahiran yang dimiliki akan menentukan kebolehpasaran graduan dalam industri. Kadar pengganguran yang tinggi dalam kalangan graduan berlaku disebabkan kurangnya kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. Kebolehpasaran graduan bukan sahaja berpandu kepada pencapaian akademik yang cemerlang tetapi produktiviti dan kecekapan IPT dalam memberi pendedahan kepada aspek keusahawanan dilihat sebagai satu alternatif dengan menyediakan peluang bagi graduan menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian. Justeru, kajian ini bertujuan menilai produktiviti dan kecekapan IPT dalam mempertingkatkan kebolehpasaran graduan keusahawanan melalui penggunaan input dan output seoptimum mungkin melalui penggunaan kaedah Analisis Penyampulan Data (APD) dan analisis produktiviti.