Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.

Penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan sering dikaitkan dengan emosi mereka terutamanya pada peringkat awalan perniagaan. Hal ini kerana aktiviti keusahawanan dianggap sebagai perjalanan yang berliku dengan ketidakpastian dan mencabar sepanjang proses keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hafiza Othman
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2021
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768/1/NOR%20HAFIZA%20BINTI%20OTHMAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.umk.eprints.10768
record_format eprints
spelling my.umk.eprints.107682022-09-14T04:23:35Z http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768/ Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan. Nor Hafiza Othman Penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan sering dikaitkan dengan emosi mereka terutamanya pada peringkat awalan perniagaan. Hal ini kerana aktiviti keusahawanan dianggap sebagai perjalanan yang berliku dengan ketidakpastian dan mencabar sepanjang proses keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji kesan pengantara emosi keusahawanan iaitu emosi positif dan emosi negatif terhadap hubungan antara pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan berbentuk tinjauan secara tadbir sendiri ke atas 458 pelajar tahun akhir di peringkat pengajian ijazah pertama di universiti awam. Data yang diperoleh menerusi borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Versi 22 dan AMOS SPSS Versi 23. Dua jenis statistik telah digunakan untuk menganalisis data-data yang dikumpulkan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan, emosi negatif keusahawanan dan tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan adalah pada tahap sederhana. Manakala, emosi positif keusahawanan adalah pada tahap tinggi. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa pendidikan keusahawanan memberi kesan ke atas emosi keusahawanan pelajar serta tingkah laku mereka dalam proses permulaan perniagaan. Emosi positif dan emosi negatif keusahawanan juga mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya kesan emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara separa antara hubungan pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan dalam kalangan pelajar. Kaedah bootstrapping juga memaparkan hasil yang sama dan mengesahkan adanya emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan emosi positif dan emosi negatif keusahawanan dapat menggambarkan penilaian pelajar sama ada mereka boleh mengharungi ataupun tidak sesebuah perniagaan. Implikasi daripada kajian ini, pengujian emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara telah menyumbang kepada pengetahuan baharu dalam konteks pendidikan keusahawanan. Dengan itu, tindak balas emosi atau rangsangan yang diterima dapat menjadi pendorong kepada pelajar untuk memulakan perniagaan ataupun sebaliknya. Justeru, pembelajaran keusahawanan adalah penting untuk meningkatkan kualiti modal insan dalam persekitaran yang semakin mencabar serta meningkatkan potensi mereka untuk menjadi pencipta kerja. 2021 UMK Etheses NonPeerReviewed text en http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768/1/NOR%20HAFIZA%20BINTI%20OTHMAN.pdf Nor Hafiza Othman (2021) Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
institution Universiti Malaysia Kelantan
building Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Kelantan
content_source UMK Institutional Repository
url_provider http://umkeprints.umk.edu.my/
language English
description Penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan sering dikaitkan dengan emosi mereka terutamanya pada peringkat awalan perniagaan. Hal ini kerana aktiviti keusahawanan dianggap sebagai perjalanan yang berliku dengan ketidakpastian dan mencabar sepanjang proses keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji kesan pengantara emosi keusahawanan iaitu emosi positif dan emosi negatif terhadap hubungan antara pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan berbentuk tinjauan secara tadbir sendiri ke atas 458 pelajar tahun akhir di peringkat pengajian ijazah pertama di universiti awam. Data yang diperoleh menerusi borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Versi 22 dan AMOS SPSS Versi 23. Dua jenis statistik telah digunakan untuk menganalisis data-data yang dikumpulkan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan keusahawanan, emosi negatif keusahawanan dan tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan adalah pada tahap sederhana. Manakala, emosi positif keusahawanan adalah pada tahap tinggi. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa pendidikan keusahawanan memberi kesan ke atas emosi keusahawanan pelajar serta tingkah laku mereka dalam proses permulaan perniagaan. Emosi positif dan emosi negatif keusahawanan juga mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam proses permulaan perniagaan. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya kesan emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara separa antara hubungan pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan dalam kalangan pelajar. Kaedah bootstrapping juga memaparkan hasil yang sama dan mengesahkan adanya emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara. Keseluruhannya, kajian ini menunjukkan emosi positif dan emosi negatif keusahawanan dapat menggambarkan penilaian pelajar sama ada mereka boleh mengharungi ataupun tidak sesebuah perniagaan. Implikasi daripada kajian ini, pengujian emosi positif dan emosi negatif keusahawanan sebagai pengantara telah menyumbang kepada pengetahuan baharu dalam konteks pendidikan keusahawanan. Dengan itu, tindak balas emosi atau rangsangan yang diterima dapat menjadi pendorong kepada pelajar untuk memulakan perniagaan ataupun sebaliknya. Justeru, pembelajaran keusahawanan adalah penting untuk meningkatkan kualiti modal insan dalam persekitaran yang semakin mencabar serta meningkatkan potensi mereka untuk menjadi pencipta kerja.
format UMK Etheses
author Nor Hafiza Othman
spellingShingle Nor Hafiza Othman
Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
author_facet Nor Hafiza Othman
author_sort Nor Hafiza Othman
title Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
title_short Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
title_full Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
title_fullStr Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
title_full_unstemmed Kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
title_sort kesan pengantara emosi keusahawanan terhadap pendidikan keusahawanan dengan tingkah laku proses permulaan perniagaan.
publishDate 2021
url http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768/1/NOR%20HAFIZA%20BINTI%20OTHMAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10768/
_version_ 1763304287747702784
score 13.19449