Kelestarian perniagaan produk berasaskan kayu dalam kalangan usahawan bumiputera bersaiz mikro, kecil, dan sederhana di Kelantan: kemahiran, strategi dan kelebihan bersaing.

Malaysia adalah salah sebuah negara pengeksport perabot terbesar di dunia, tetapi penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor ini amatlah kecil berbanding kaum lain, sedangkan mereka merupakan kaum majoriti di negara ini. Ini merupakan satu kerugian kerana industri ini merupakan salah satu sasaran ekono...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10331/1/TUAN%20MOHD%20ROSLI%20BIN%20TUAN%20HASSAN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10331/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia adalah salah sebuah negara pengeksport perabot terbesar di dunia, tetapi penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor ini amatlah kecil berbanding kaum lain, sedangkan mereka merupakan kaum majoriti di negara ini. Ini merupakan satu kerugian kerana industri ini merupakan salah satu sasaran ekonomi negara dan penjana tukaran wang asing. Isu utama adalah berkait dengan soal ketidakupayaan usahawan Bumiputera untuk meneruskan kelestarian yang akhirnya menyebabkan bilangan usahawan terbabit telah merosot. Justeru, isu ini serius dan perlu diteliti kerana ia penting untuk kelangsungan ekonomi Bumiputera. Oleh itu, penyelidikan ini diadakan untuk meneliti tentang apa dan bagaimana usahawan mampu memastikan kelestarian perniagaan mereka di samping mengurangkan jurang akademik yang melibatkan Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), isu kekurangan model tempatan dan strategi PKS Bumiputera dalam memastikan kelestarian perniagaan. Dalam melaksanakan penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan metod kualitatif untuk mengumpul data kerana ianya bersifat induktif dan holistik. Data transkrip telah diproses dengan menggunakan perisian nvivo dan kemudiannya ia dianalisis berdasarkan kes yang dikaji dan kemudiannya dibuat analisis silang. Penemuan penyelidikan ini telah digunakan untuk menjawab dua perkara utama iaitu persoalan penyelidikan dan untuk menghasilkan satu kerangka Konsep Usahawan Lestari atau Kerangka KUL. Kerangka ini berpaksikan sumber ilmu, pengalaman, nilai dan kemahiran usahawan yang dijadikan asas strategi untuk mencapai kelestarian perniagaan. Seorang usahawan yang lestari bukan sahaja mahir dalam ilmu pertukangan, malahan menguasai kemahiran pengurusan dan strategi persaingan.