Knowledge management practices and small-medium firm competitiveness: the mediating role of innovation in the residential construction industry.

Industri pembinaan dan perumahan sedang menghadapi persaingan dan pembangunan yang pesat berikutan dengan keadaan globalisasi ekonomi serta proses pembandaran yang cepat. Tambahan pula, kemunculan keupayaan modal intelek dan pengurusan ilmu (KM) sebagai disiplin baru telah dianggap sebagai pemacu ut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Normayuni Mat Zin,
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10282/1/NORMAYUNI%20MAT%20ZIN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10282/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Industri pembinaan dan perumahan sedang menghadapi persaingan dan pembangunan yang pesat berikutan dengan keadaan globalisasi ekonomi serta proses pembandaran yang cepat. Tambahan pula, kemunculan keupayaan modal intelek dan pengurusan ilmu (KM) sebagai disiplin baru telah dianggap sebagai pemacu utama terhadap daya saing firma serta industri. Pada masa yang sama, ahli akademik serta pengamal industi mengiktiraf inovasi telah memberikan kekuatan serta mengukuhkan lagi daya saing firma, manakala KM pula menjadi latar belakang kepada kegiatan inovasi dan kerapkali disebut di dalam kajian literatur sebelumnya sebagai salah satu penyebab atau faktor kepada inovasi. Walaubagaimanapun, terdapat kajian-kajian empirikal terdahulu telah membahaskan serta mengkategorikan industri pembinaan pada tahap inovasi yang rendah berbanding dengan industri-industri yang lain. Oleh itu, sejumlah besar penyelidikan secara empirikal belum lagi dijalankan mengenai kesan hubungan antara KM, perlaksanaan inovasi dan daya saing firma. Keadaan ini menjadi lebih penting kerana perspektifnya di lakukan dalam industri pembinaan kediaman dari konteks Malaysia. Walaupun kajian empirikal terdahulu telah mengenalpasti dan menentukan inovasi sebagai pembolehubah pengantara dalam hubungan yang telah ditubuhkan; namun, hasil kajian tersebut juga pelbagai. Kebanyakkan kajian tersebut telah memberi tumpuan kepada prestasi organisasi serta dilakukan pada firma yang lebih besar di dalam industri yang berlainan berbanding dari konteks firma kecil-sederhana. Kajian ini cuba untuk meningkatkan tahap pemahaman amalan KM, inovasi dan tahap daya saing di kalangan firma pemaju perumahan yang bersaiz kecil-sederhana. Secara khususnya, kajian ini menganalisis hubungan antara pembolehubah yang telah dinyatakan di atas dan menentukan potensi inovasi sebagai pembolehubah pengantara dalam hubungan antara amalan KM terhadap daya saing firma kecil-sederhana. Kajian ini juga menentukan antara tingkahlaku organisasi KM yang mana telah mempunyai pengaruh paling kuat terhadap inovasi serta daya saing firma tersebut. Bagi tujuan kajian ini, data telah dikumpulkan daripada 163 buah firma pemaju perumahan kecil-sederhana yang terlibat secara aktif dalam projek-projek pembangunan perumahan yang terletak di Wilayah Pantai Timur Malaysia. Didapati bahawa amalan KM dan daya saing firma berada pada tahap yang tinggi manakala pelaksanaan inovasi adalah pada tahap yang sederhana di kalangan firma-firma yang dikaji. Kajian ini menggunakan model persamaan struktur (SEM) untuk mengenalpasti hubungan antara pembolehubah- pembolehubah yang dinyatakan di atas. Hasil dapatan kajian daripada analisis model berstruktur mencadangkan; pertama, amalan KM memberi kesan yang besar kepada inovasi. Kedua, inovasi menjadi pengantara sepenuhnya di dalam hubungan antara amalan KM dan daya saing firma pemaju perumahan kecil-sederhana. Kesimpulan daripada kajian ini boleh membantu ahli akademik dan pihak pengurus dalam meningkatkan amalan KM seiring usaha untuk meningkatkan inovasi serta meningkatkan tahap daya saing firma dalam sektor yang dikaji.