Peranan gerakan konservatif dan radikal dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu Tahun 1946-1957

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan hasil perjuangan dua kumpulan politik Melayu iaitu gerakan konservatif dan gerakan Radikal. Gerakan konservatif membawa idea dan tindakan politik secara sederhana, manakala gerakan radikal membawa idea dan tindakan politik yang radikal. Idea dan t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Abdul Aziz Ahmad
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10194/7/12%20MOHD%20ABDUL%20AZIZ%20TESIS.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10194/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan hasil perjuangan dua kumpulan politik Melayu iaitu gerakan konservatif dan gerakan Radikal. Gerakan konservatif membawa idea dan tindakan politik secara sederhana, manakala gerakan radikal membawa idea dan tindakan politik yang radikal. Idea dan tindakan politik yang berbeza daripada dua kumpulan politik Melayu ini telah mendapat reaksi berbeza daripada penjajah British. Sepanjang perjuangan mereka antara tahun 1946 hingga 1957 banyak idea dan tindakan politik mereka yang berperanan mendesak penjajah British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Persoalannya, apakah idea politik gerakan konservatif dan radikal Melayu? Bagaimanakah tindak balas penjajah British terhadap idea politik mereka? Apakah kejayaan idea politik itu kepada kemerdekaan Tanah Melayu? Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, kajian ini dilakukan untuk mengemukakan idea politik, menyatakan reaksi British dan mengenal pasti kejayaan idea politik gerakan konservatif dan radikal. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah kajian perpustakaan dilakukan berdasarkan sumber primer dan sekunder. Kedua-dua sumber ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah deduktif untuk merumuskan semua bahan-bahan yang diperoleh. Hasil daripada penyelidikan ini, isu utama dalam idea politik gerakan konservatif dan radikal adalah kedudukan raja-raja Melayu, bahasa Melayu, ekonomi, kerakyatan, dan geografi politik. Idea-idea politik mereka ini dibawa oleh gerakan konservatif dan radikal secara berbeza. Tindakan politik yang berbeza ini telah mendapat reaksi berbeza daripada penjajah British. Gerakan konservatif yang mengambil tindakan sederhana dalam usaha membawa idea politik telah diterima oleh penjajah British melalui rundingan, manakala tindakan keras gerakan radikal ketika membawa idea politik telah mengundang reaksi negatif oleh penjajah British dengan penangkapan pemimpin dan pengharaman parti politik mereka. Setelah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran, gerakan konservatif dan radikal kemudiannya berjaya memberi tekanan kepada penjajah British sehingga dapat mencapai kemerdekaan dan menerima idea politik mereka.