Pengaruh dialek Kelantan dalam komunikasi semasa proses pembelajaran terhadap tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah.

Penyesuaian bahasa komunikasi amat diberi penekanan supaya komunikasi berkesan dapat dihasilkan. Rakyat Kelantan menggunakan dialek Kelantan yang unik ketika berinteraksi. Penutur dialek biasanya sukar bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik. Hal ini menyebabkan penutur dialek mempunyai tahap key...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nuradlin Syafini Nawi
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10113/1/Nuradlin%20Syafini%20Nawi.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10113/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyesuaian bahasa komunikasi amat diberi penekanan supaya komunikasi berkesan dapat dihasilkan. Rakyat Kelantan menggunakan dialek Kelantan yang unik ketika berinteraksi. Penutur dialek biasanya sukar bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik. Hal ini menyebabkan penutur dialek mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah ketika berinteraksi secara interpersonal dan awam. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti fungsi penggunaan dialek dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan menganalisis pengaruh dialek berkenaan dalam mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan. Kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian tidak turut serta digunakan untuk mengumpul data. Manakala, kaedah analisis tematik berserta pendekatan Teori Akomodasi Diri dan Teori Efikasi Diri digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil dapatan mendapati dialek bukan faktor utama yang mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. Malahan, antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar ialah kemahiran komunikasi yang lemah, keyakinan diri yang rendah, dan kurang dorongan daripada orang sekeliling.