Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain

Kemelesetan ekonomi tidak dapat dielakkan dalam sistem mata wang fiat adalah satu pengajaran yang dapat diambil daripada sejarah sistem monetari. Malah, isu kenaikan harga barangan keperluan harian terus menjadi kebimbangan rakyat terhadap ketidakstabilan ekonomi semasa negara. Oleh hal demikian, is...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khaulah Hilaluddin
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089/1/Khaulah%20Binti%20Hilaluddin.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.umk.eprints.10089
record_format eprints
spelling my.umk.eprints.100892022-06-28T12:05:27Z http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089/ Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain Khaulah Hilaluddin HG Finance Kemelesetan ekonomi tidak dapat dielakkan dalam sistem mata wang fiat adalah satu pengajaran yang dapat diambil daripada sejarah sistem monetari. Malah, isu kenaikan harga barangan keperluan harian terus menjadi kebimbangan rakyat terhadap ketidakstabilan ekonomi semasa negara. Oleh hal demikian, isu penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif mata wang sering kali dibangkitkan. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kesedaran dan keyakinan yang tinggi daripada masyarakat setempat tentang keistimewaan dan kestabilan nilai dinar emas dan dirham perak. Ia menjadi kekuatan ekonomi umat Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hadis-hadis tentang harga dinar emas dan dirham perak. Kemudiannya, meneroka harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain. Akhir sekali, penyelidik membandingkan harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan dinar emas dan dirham perak pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan harga semasa. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif dengan menganalisis kandungan hadis yang terdapat dalam al-Sahihain secara tematik. Dapatan kajian mendapati terdapat 25 hadis dan satu athar berkaitan harga barangan dan juga tiga hadis dan lima athar tentang harga perkhidmatan. Antara harga barangan yang ditemui adalah harga rumah, tanah, haiwan, unta, kambing, kuda, baju cotton (kapas), baju sutera, rantai leher, perisai dan hamba. Manakala, harga perkhidmatan pula adalah pinjaman wang (al-Qard), wakaf, cukai (jizyah), sewa rumah, sewa haiwan tunggangan (keldai), upah guru dan mas kahwin. Tuntasnya, kajian ini dapat dirumuskan bahawa harga barangan yang terdapat dalam hadis adalah sama dan bersesuaian dengan harga pada zaman era globalisasi ini. Hal ini membuktikan keistimewaan nilai yang terkandung di dalamnya (intrinsic value) dan kestabilan nilai dinar dan dirham sebagai mata wang. Hal ini juga turut menjelaskan bahawa dinar emas dan dirham perak mampu mengekalkan kuasa beli sejak 1440 tahun dahulu lagi dan berfungsi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat berbanding mata wang fiat. Sewajarnya, dinar dan dirham menjadi alat ukur nilai atau agen penilai bagi harga barangan dan perkhidmatan sekarang. Dalam hal ini, penyelidik berharap kajian ini dapat membuka mata masyarakat agar bersama-sama memartabatkan dinar dan dirham sebagai mata wang Islam yang terunggul. Hal ini kerana penggunaan dinar dan dirham hanya dapat digunakan dengan adanya kesedaran keagamaan untuk menjaga maqasid syariah iaitu hifz al-Mal (memelihara harta) bagi memperkasakan sistem kewangan Islam yang bebas daripada riba, penipuan (gharar) dan perjudian (maysir) yang haram di sisi Islam. Semoga apa yang diharapkan ini mampu dicapai bagi menjamin kemaslahatan ummah seluruhnya. 2020 UMK Etheses NonPeerReviewed text en http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089/1/Khaulah%20Binti%20Hilaluddin.pdf Khaulah Hilaluddin (2020) Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)
institution Universiti Malaysia Kelantan
building Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Kelantan
content_source UMK Institutional Repository
url_provider http://umkeprints.umk.edu.my/
language English
topic HG Finance
spellingShingle HG Finance
Khaulah Hilaluddin
Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain
description Kemelesetan ekonomi tidak dapat dielakkan dalam sistem mata wang fiat adalah satu pengajaran yang dapat diambil daripada sejarah sistem monetari. Malah, isu kenaikan harga barangan keperluan harian terus menjadi kebimbangan rakyat terhadap ketidakstabilan ekonomi semasa negara. Oleh hal demikian, isu penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif mata wang sering kali dibangkitkan. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kesedaran dan keyakinan yang tinggi daripada masyarakat setempat tentang keistimewaan dan kestabilan nilai dinar emas dan dirham perak. Ia menjadi kekuatan ekonomi umat Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hadis-hadis tentang harga dinar emas dan dirham perak. Kemudiannya, meneroka harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain. Akhir sekali, penyelidik membandingkan harga barangan dan perkhidmatan berdasarkan dinar emas dan dirham perak pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan harga semasa. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif dengan menganalisis kandungan hadis yang terdapat dalam al-Sahihain secara tematik. Dapatan kajian mendapati terdapat 25 hadis dan satu athar berkaitan harga barangan dan juga tiga hadis dan lima athar tentang harga perkhidmatan. Antara harga barangan yang ditemui adalah harga rumah, tanah, haiwan, unta, kambing, kuda, baju cotton (kapas), baju sutera, rantai leher, perisai dan hamba. Manakala, harga perkhidmatan pula adalah pinjaman wang (al-Qard), wakaf, cukai (jizyah), sewa rumah, sewa haiwan tunggangan (keldai), upah guru dan mas kahwin. Tuntasnya, kajian ini dapat dirumuskan bahawa harga barangan yang terdapat dalam hadis adalah sama dan bersesuaian dengan harga pada zaman era globalisasi ini. Hal ini membuktikan keistimewaan nilai yang terkandung di dalamnya (intrinsic value) dan kestabilan nilai dinar dan dirham sebagai mata wang. Hal ini juga turut menjelaskan bahawa dinar emas dan dirham perak mampu mengekalkan kuasa beli sejak 1440 tahun dahulu lagi dan berfungsi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat berbanding mata wang fiat. Sewajarnya, dinar dan dirham menjadi alat ukur nilai atau agen penilai bagi harga barangan dan perkhidmatan sekarang. Dalam hal ini, penyelidik berharap kajian ini dapat membuka mata masyarakat agar bersama-sama memartabatkan dinar dan dirham sebagai mata wang Islam yang terunggul. Hal ini kerana penggunaan dinar dan dirham hanya dapat digunakan dengan adanya kesedaran keagamaan untuk menjaga maqasid syariah iaitu hifz al-Mal (memelihara harta) bagi memperkasakan sistem kewangan Islam yang bebas daripada riba, penipuan (gharar) dan perjudian (maysir) yang haram di sisi Islam. Semoga apa yang diharapkan ini mampu dicapai bagi menjamin kemaslahatan ummah seluruhnya.
format UMK Etheses
author Khaulah Hilaluddin
author_facet Khaulah Hilaluddin
author_sort Khaulah Hilaluddin
title Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain
title_short Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain
title_full Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain
title_fullStr Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain
title_full_unstemmed Kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-Sahihain
title_sort kajian terhadap kestabilan harga dinar emas dan dirham perak menurut al-sahihain
publishDate 2020
url http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089/1/Khaulah%20Binti%20Hilaluddin.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10089/
_version_ 1763304199949385728
score 13.160551