Analisis Agen Penghias Makna (al-Muhassinat al-Ma‘Nawiyyah) dalam surah Hud
Agen Penghias Makna (al-Muhassinat al-Ma„nawiyyah) ialah satu elemen dalam ilmu badi„. Sebagai satu bidang dalam komponen ilmu balaghah atau retorik Arab, ia merupakan medium i„jaz al-Quran. Medan kajian i„jaz al-Quran dalam bidang tersebut mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan pengkaji dan s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UMK Etheses |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10080/1/Abdul%20Aziz%20bin%20Ibrahim.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10080/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Agen Penghias Makna (al-Muhassinat al-Ma„nawiyyah) ialah satu elemen dalam ilmu badi„. Sebagai satu bidang dalam komponen ilmu balaghah atau retorik Arab, ia merupakan medium i„jaz al-Quran. Medan kajian i„jaz al-Quran dalam bidang tersebut mendapat tempat yang istimewa dalam kalangan pengkaji dan sentiasa terbuka untuk diterokai. Namun begitu, agen penghias makna belum ditonjolkan secara meluas sedangkan ayat-ayat al-Quran mengandungi banyak agen penghias makna yang perlu diketahui secara terperinci bagi seseorang yang memahami gaya bahasa al-Quran. Maka kajian ini dilakukan berdasarkan tinjauan terhadap agen penghias makna menurut perspektif i„jaz al-Quran pada aspek balaghah (al-I„jaz al-Bayaniy). Kajian menghubungkan komponen tersebut dengan surah Hud dalam al-Quran sebagai subjek kajian. Kajian bertujuan menghuraikan konsep agen penghias makna menurut perspektif sarjana balaghah. Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis agen berkenaan yang terdapat dalam subjek kajian dan menghuraikan bentuk penggunaannya menurut perspektif karya-karya tafsir al-Quran. Selain itu, kajian ini dapat mengolah huraian agen berkenaan berpandukan perspektif gaya bahasa al-Quran dan mengemukakan panduan penerapan agen penghias makna berdasarkan huraian al-Quran ke dalam bahasa sasaran. Metodologi kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah tinjauan deskriptif secara induktif dan deduktif. Pengumpulan data berasaskan kajian perpustakaan menggunakan teknik penganalisisan teks. Teknik penganalisisan data dijalankan melalui teknik analisis kandungan secara manual. Kajian yang berasaskan konsep i„jaz al-Quran ini mempaktikkan sepenuhnya teori al-Nazm (teori struktur atau susunan bahasa) yang melibatkan aspek sintaksis (nahu), morfologi (sarf) dan semantik. Sebanyak 41 ayat merangkumi 15 jenis agen penghias makna telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan agen penghias makna mempunyai keunikan dan fungsi yang tersendiri dalam perspektif huraian gaya bahasa al-Quran. Penggunaannya dalam subjek kajian bertepatan dengan mesej yang disampaikan. Walau bagaimanapun, sebahagian agen berkenaan tidak dinyatakan secara langsung dalam huraian yang berkaitan. Dapatan juga menunjukkan keunikan agen penghias makna dalam al-Quran terbahagi kepada dua bentuk iaitu dalam bentuk lafaz dan dalam bentuk frasa. Di samping itu, kajian mendapati agen penghias makna yang paling banyak digunakan dalam subjek kajian ialah al-Tibaq. Selain itu, kajian mendapati bahawa keunikan agen penghias makna dalam i„jaz al-Quran perlu disepadukan dengan dua bahagian ilmu balaghah yang lain iaitu ilmu ma„aniy dan ilmu bayan. Kajian ini akan memberi kefahaman yang lebih jelas untuk memahami ayat-ayat al-Quran melalui ilmu balaghah bahasa Arab. |
---|