Satu kajian kes ke atas Koperasi Serbaguna Peneroka Pasir Raja Berhad, FELDA Pasir Raja , Kulai , Johor / Hassan Ab. Rahman

Kajian ini dilakukan keatas sebuah koperasi yang terdapat di sebuah kawasan rancangan FELDA iaitu Koperasi Serbaguna Peneroka Pasir Raja Berhad. Kajian ini dil akukan untuk mengetahui sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh sebuah koperasi dalam kegiatan sosial dan ekonomi masyarakat FELDA dan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hassan, Ab. Rahman
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9911/1/Hassan_Ab._Rahman_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9911/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan keatas sebuah koperasi yang terdapat di sebuah kawasan rancangan FELDA iaitu Koperasi Serbaguna Peneroka Pasir Raja Berhad. Kajian ini dil akukan untuk mengetahui sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh sebuah koperasi dalam kegiatan sosial dan ekonomi masyarakat FELDA dan setakat manakah ianya berjalan menurut prinsip-prinsip dan konsep-konsep asas sebuah koperasi yang sebenarnya. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes dan data-data diperolehi melalui temu bual secara formal dan tidak formal, soal selidik, pemerhatian dan mengkaji rekod-rekod dan dokumen-dokumen. Respondan adalah terdiri dari ahli lembaga pengarah koperasi, 33 orang ahli biasa yang dipilih secara rawak mengikut blok-blok yang ada dan Pengurus rancangan. Beberapa pekara yang melibatkan kegiatan koperasi telah dikaji iaitu perkembangannya , aktiviti-aktiviti, pentadbiran, masalah dan sikap ahli terhadap koperasi. Hasil dari kajian yang telah dilakukan beberapa kesimpulan mengenai koperasi ini telah dibuat. Diantaranya ialah koperasi yang dikaji tidak dapat berkembang dengan balk kerana kurang kerjasa dari ahli sama ada dari segi pentadbiran atau kegiatan yang di jalankan. Juga ia gagal mewujudkan konsep kerjasama yang amat penting dalam menentukan kemajuan sebuah koperasi. Walau bagaimanapun ia telah dapat mencapai tujuan utama ia ditubuhkan iaitu untuk mengendalikan urusan pengangkutan hasil sawit ahli-ahlinya dari ladang ke kilang. Walaupun kajian ini telah berjaya dilakukan tetapi ia mempunyai banyak kelemahan terutamanya dalam mengumpul data dan pengetahuan pengkaji yang tidak mendalam dalam bidang koperasi. Pengkaji telah menyarankan beberapa pekara untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam kajian ini. Hasil dari kajian yang dilakukan ini pengkaji telah membuat beberapa kesimpulan mengenai perkembangan, pentacbiran dan sikap ahli koperasi yang dikaji. Akhir sekali, pengkaji telah membuat beberapa cadangan dan saranan untuk diambil perhatian oleh koperasi yang dikaji dan juga koperasi-koperasi lain untuk membantu kelancaran urusan pentadbiran koperasi agar ia dapat berkembang dengan baik. Cadangan dan saranan ini adalah berdasarkan keputusan dan kesimpulan yang didapati dari kajian yang dilakukan.