Sistem Maklumat Pertolongan Cemas (SMPC) / Norafizah Baharudin

Latihan ilmiah ini merupakan satu krusus yang wajib bagi pelajar tahun akhir bagi memenuhi keperluan penganugerahan ljazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Melalui kursus ini pelajar perlu membuat satu projek diman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norafizah , Baharudin
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9890/1/norafizah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9890/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latihan ilmiah ini merupakan satu krusus yang wajib bagi pelajar tahun akhir bagi memenuhi keperluan penganugerahan ljazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat di Universiti Malaya. Melalui kursus ini pelajar perlu membuat satu projek dimana pelajar dapat mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari selama ini. Dalam laporan latihan ilmiah ini, tumpuan diberikan kepada konsep, teknik dan kaedah analisis yang dibuat untuk menjayakan projek latihan ilmiah yang bertajuk Sistem Maklumat Pertolongan Cemas (SMPC). Laporan latihan ilmiah ini meliputi segala aspek praktis yang wujud dalam pembangunan sistem yang ditunjukkan dalam jadual pembangunan projek pada fasa 1 dan 2. lanya meliputi diagnosis masalah dan konsep, kajian penyelidikan, analisis sistem dan rekabentuk secara konseptual, implementasi, pengujian, penyelenggaraan dan penilaian serta perbincangan dan kesimpulan. SMPC adalah satu sistem maklumat secara online menggunakan rangkaian wide area network (WAN) membolehkan sesiapa yang mempunyai internet melayan laman web ini. Di bina untuk memberi pengetahuan kepada semua golongan masyarakat tentang pertolongan cemas serta kepentingannya untuk menyelamatkan mangsa. lanya berasaskan multimedia untuk memudahkan lagi pengguna memahami dan mempelajari, juga mempunyai antaramuka pengguna yang menarik dan ramah pengguna. Multimedia merupakan suatu teknik yang membolehkan paparan maklumat dilakukan dalam pelbagai cara seperti teks biasa, grafik, audio, video, animasi. Setiap satunya mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian pengguna. Objektif utama laman web adalah untuk membangunkan satu sistem multimedia yang bermutu tinggi untuk membantu masyarakat dalam menghadapi keadaan kecemasan. Pendekatan yang akan digunakan dalam pembangunan laman web ini adalah model prototaip kerana model ini membantu pembangun mengenal pasti keperluan pengguna yang sebenar.