Peranan kaum wanita dalam bidang sosio-ekonomi (Satu Kajian Kes Di Mukim Jabi, Alar Setar, Kedah) / Ramlah Ishak

Pemuda harapan bangsa Pemudi tiang negara. Begitulah bunyinya pepatah Melayu yang mencerminkan kepentingan peranan kaum wanita dalam sesebuah negara yang di ibaratkan sebagai benteng yang menegakkan kestabilan negara. Berseiring dengan kerjasama daripada kaum lelaki. Justeru itu, penulisan ini adala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramlah, Ishak
Format: Thesis
Published: 1985
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9815/1/Ramlah_Ishak_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9815/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemuda harapan bangsa Pemudi tiang negara. Begitulah bunyinya pepatah Melayu yang mencerminkan kepentingan peranan kaum wanita dalam sesebuah negara yang di ibaratkan sebagai benteng yang menegakkan kestabilan negara. Berseiring dengan kerjasama daripada kaum lelaki. Justeru itu, penulisan ini adalah untuk meninjau sejauhmanakah pepatah Melayu ini dapat diaplikasikan dalam komuniti luarbandar umumnya dan komuniti yang dikaji lain khasnya. Dalam bab 1 dinyatakan tentang tujuan, bidang, kepentingan dan masalah-masalah yang dihadapi ketika menjalankan penyelidikan, serta kaedah-kaedah yang digunakan. Penghuraian teori-teori dan konsep juga dibincangkan untuk memudahkan lagi pemahaman terhadap penulisan ini. Manakala dalam bab 2 ditinjau secara keseluruhannya dari segi latarbelakang kawasan kajian ini. Aspek-aspek kedudukan geografi, ekonomi, sosial, institusi kepimpinan juga telah disentuh. Untuk melihat apakah peranan-peranan yang di mainkan oleh kaum wanita sebagai suri rumahtangga maka perbincangan dibuat di dalam bab 3. Aktiviti-aktiviti sosial, politik dan juga hal-hal di luar persekitaran rumahtangga juga dibincangkan dalam bab ini. Dalam bab 4 dilihat apakah peranan-peranan yang di mainkan oleh kaum wanita dalam komuniti ini dari segi aktiviti ekonomi. Didapati terdapat berbagai bidang yang diceburi samada dalam pertanian dan bukan pertanian. Akhir sekali dalam bab kesimpulan pengkaji memberikan pandangan-pandangan tentang faktor-faktor yang menjadi penghalang dan pendorong kepada penglibatan kaum wanita dalam aktiviti di dalam dan di luar rumahtangga. Rumusan dibuat dengan dengan mengaitkan teori-teori dan konsep-konsep yang diperkenalkan ke atas peranan peranan yang dimainkan itu dan berdasarkan kepada komuniti kajian ini, akan dil ihat sejauhmanakah kebenarannya teori-teori tersebut.