Pelaksanaan tadbir urus Islam Di Baitul Mal Aceh / Sufrizal
Tadbir urus Islam mempunyai peranan yang sangat penting terhadap kejayaan manamana institusi. Kejayaan sebuah institusi dicapai apabila pelaksanaan tadbir urus dalam institusi tersebut dilaksanakan dengan baik. Justeru itu, disertasi ini membincangkan tentang tadbir urus Islam di institusi zakat....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9814/4/sufrizal.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9814/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tadbir urus Islam mempunyai peranan yang sangat penting terhadap kejayaan manamana
institusi. Kejayaan sebuah institusi dicapai apabila pelaksanaan tadbir urus dalam
institusi tersebut dilaksanakan dengan baik. Justeru itu, disertasi ini membincangkan
tentang tadbir urus Islam di institusi zakat. Kajian ini memfokuskan kepada pelaksanaan
tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh. Objektif kajiannya meliputi pelaksanaan dan
cabaran tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh. Bagi mencapai objektif kajian tersebut,
penyelidik menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan kaedah
pengumpulan data sama ada data primer mahupun data sekunder. Data primer kajian ini
iaitu kajian lapangan dan untuk mendapatkan maklumat, penyelidik menggunakan
kaedah temubual dengan pihak yang berautoriti ke tempat yang dikaji iaitu di Ibu
Pejabat Baitul Mal Aceh melalui cara temubual secara bersemuka dan tidak bersemuka.
Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa konsep dan pelaksanaan tadbir urus Islam
di Baitul Mal Aceh sesuai dan tidak bercanggah dengan konsep tadbir urus daripada
perspektif Islam. Dalam hal ini, Baitul Mal Aceh telah melaksanakan konsep amanah,
telus dan boleh dipercayai. Baitul Mal Aceh juga telah berusaha secara maksimum
dengan sumber manusia yang ada untuk menambahbaik mekanisme sosialisasi zakat,
pengumpulan zakat, pengagihan zakat dan kawalan serta audit. Namun begitu, Baitul
Mal Aceh menghadapi pelbagai cabaran, seperti terhadnya sumber manusia, terhadnya
peruntukan perundangan serta masih kurangnya kepercayaan masyarakat tempatan
kepada Baitul Mal Aceh, sehingga menyebabkan tugas Baitul Mal Aceh sebagai
lembaga pentadbir zakat dilaksanakan secara maksimum.
|
---|