Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara / Norhafizah Musa

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhafizah, Musa
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9779/2/Norhafizah_Musa.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9779/1/Norhafizah_Musa_%2D_Thesis.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9779/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanser payudara merupakan salah satu penyakit berisiko tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia. Penyakit ini memberi kesan yang teruk kepada fizikal bahkan turut mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi pesakit sehingga menjejaskan kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang tempoh rawatan mahupun dalam menjalani kehidupan seharian. Untuk itu, kajian berbentuk analisis kualitatif deskriptif ini bertujuan membincangkan bentuk-bentuk tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Kajian ini juga menyelidik pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan yang dialami oleh pesakit kanser payudara. Bagi memenuhi objektif kajian ini, satu modul psikoterapi Islam (MOPSI) telah disintesis berdasarkan sumber utama iaitu al-Qur’an dan hadis. Satu analisis juga dilakukan untuk melihat perubahan tekanan pesakit selepas pengaplikasian MOPSI. Hasil dapatan kajian menunjukkan pesakit yang konsisten mengamalkan MOPSI mengalami perubahan yang positif terhadap kesihatan jiwa dan juga perubahan yang ketara pada rutin harian menjadi lebih sihat dan bersemangat. Hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa pendekatan psikoterapi Islam mampu membantu pesakit dalam mengurangkan tekanan atau stres yang dialami. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada semua orang terutamanya pesakit kronik yang mengalami masalah gangguan jiwa.