Sistem tempahan tiket bas atas talian EkspresNasional.com / Elisabrina Idris

Projek yang dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan satu sistem berasaskan web untuk tempahan tiket bas atas talian yang menggabungkan pelbagai syarikat bas ekspres di seluruh Malaysia. Sistem ini terbuka kepada semua individu yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Sistem ini dinamakan Ek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elisabrina, Idris
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9713/1/Elisabrina_Idris_%2D_Academic_excercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9713/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek yang dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan satu sistem berasaskan web untuk tempahan tiket bas atas talian yang menggabungkan pelbagai syarikat bas ekspres di seluruh Malaysia. Sistem ini terbuka kepada semua individu yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Sistem ini dinamakan EkspresNasional.com kerana terdapat penglibatan dari pelbagai syarikat bas ekspres di seluruh Semenanjung Malaysia. Oleh itu pengguna mempunyai banyak pilihan dari segi memilih destinasi yang hendak dituju. Pengguna boleh mencapai sistem ini pada bila-bila masa menerusi capaian internet ke laman web sistem EkspresNasional.com ini untuk membuat tempahan tiket bas atas talian. Terdapat dua modul dalam sistem yang akan dibangunkan ini iaitu modul pengguna dan modul pentadbir. Dalam modul pengguna, capaian ke atas laman web adalah terbuka kepada semua. Pengguna boleh mendapatkan maklumat perjalanan bas dan alamat kaunter bas yang berdekatan. Bagi sesiapa yang hendak membuat tempahan. pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu dalam laman web ini. Nombor keahlian akan dijanakan dan pengguna tersebut boleh memasuki sistem tempahan dan seterusnya membuat tempahan setelah memilih bas yang dikehendaki. Dalam modul pentadbir, banya pentadbir sistem sahaja yang akan dibenarkan membuat capatan. Pentadbir bertanggungjawab dalam pengemaskinian maklumat dalam sistem. Metodologi pembangunan sistem yang akan digunakan dalam membangunkan sistem ini adalah model air terjun. Sistem ini akan menggunakan Microsoft Personal Web Server 4.0 sebagai pelayan web dan Microsoft Access 2000 sebagai pangkalan data web. Sistem juga akan menggunakan teknologi Active Server Pages bersama-sama dengan bahasa pengaturcaraan skrip Visual Basic dan skrip Java serta kod HTM dan model capaian data ADO. Alatan pembangunan yang akan digunakan ialah Microsoft FrontFage 2000. Pemilihan perisian dan alatan tersebut adalab untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Projek pembangunan sistem ini bermula dari bulan Mei dan dijangka siap pada pertengahan bulan Januari.