Laman web multimedia Kuala Lumpur / Suzanna Shahrom

Saya di bawab penyeliaan En. Norzaily Mohamed Noor telah memilih tajuk pembangunan laman web multimedia untuk destinasi-destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur. Pakej perisian ini diberi nama Laman Web Multimedia Kuala Lumpur. Ia akan dibangunkan untuk membantu para pelancong dari dalam dan luar n...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzanna , Shahrom
Format: Thesis
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9515/1/Laman_web_multimedia_Kuala_Lumpur.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9515/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Saya di bawab penyeliaan En. Norzaily Mohamed Noor telah memilih tajuk pembangunan laman web multimedia untuk destinasi-destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur. Pakej perisian ini diberi nama Laman Web Multimedia Kuala Lumpur. Ia akan dibangunkan untuk membantu para pelancong dari dalam dan luar negara untuk memperolehi maklumat berkenaan Kuala Lumpur. Untuk menarik minat pengguna dan sebagai salah satu cara mempromosikan laman web ini, perisian Macromedia Flash telah digunakan. Ia merupakan satu perisian multimedia yang terkini di mana pengguna dapat mencapai maklumat dengan lebih mudah. Di antara kelebihan taman web ini ialah memaparkan pelbagai maklumat yang berinformatif kepada pengguna. Para pengguna boleh menginput destinasi yang ingin ditujui dan sistem ini akan memberitahu pengguna maklumat-maklurnat yang berguna berkenaan pengangkutan untuk ke destinasi beserta bayarannya, jarak pengguna dari destinasi dan maklumat mengenai destinasi yang dituju. Peta juga disediakan bagi memudahkan pengguna mengetahui lokasi hotel dan destinasi-destinasi menarik serta lokasi pusat-pusat maklumat pelancong di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh sistem ini iaitu pencarian hotel mengikut taraf bintang yang dipinta oleh pengguna serta pautan-pautan kepada Iaman-laman web lain yang berkenaan. Segala pengetahuan dan teori yang telab dipelajari serta maklumat yang diperolehi dipraktikkan di dalam usaha untuk menjayakan projek ini. Walau bagaimanapun, kejayaan projek ini adalah bergantung kepada usaha berterusan di samping peningkatan pemahaman mengenai perkara yang akan digunakan. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan pada Iaman web yang dibangunkan. Ianya boleh diperbaiki dengan melakukan kajian yang lebih mendalam dan mendalami perisian supaya mencapai tabap kemahiran yang maksimum.