Pakej pembelajaran matematik tahap rendah (Tahun 1-3) / Shidatul Emma Hasan

Pakej Pembelajaran Matematik Tahap Rendah akan dibina bagi keperluan pelajar sekolah rendah iaitu khusus untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3. Pakej ini akan meliputi topik matematik mengikut sukatan pelajaran pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 . iaitu topik Nombor Bulat yang melibatkan operasi tamba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shidatul Emma , Hasan
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9244/1/Pakej_pembelajaran_matematik_tahap_rendah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9244/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pakej Pembelajaran Matematik Tahap Rendah akan dibina bagi keperluan pelajar sekolah rendah iaitu khusus untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3. Pakej ini akan meliputi topik matematik mengikut sukatan pelajaran pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 . iaitu topik Nombor Bulat yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Pakej ini menggunakan perisian Macromedia Director 8.5 sepenuhnya untuk pembangunan di samping beberapa lagi perisian lain bagi mejadikannya lebih efektif. Metodologi yang digunakan adalah Model Pembangunan Air Terjun dengan Prototaip yang menyediakan prosedur yang dapat membantu pembangun yang tidak berpengalaman dalam pembangunan sistem. Pakej ini akan dibina berdasarkan elemen-elemen projek sekolah bestari di mana pakej ini akan cuba membentuk kemahiran pelajar terhadap menyelesaikan masalah secara kreatif. Pelajar akan cuba belajar memanipulasikan maklumat yang mereka dapat Selain itu, pakej ini cuba mendedahkan pelajar-pelajar kepada satu persekitaran berteknologi. Daripada ini, pelajar akan cuba belajar berdikari sendiri berbekalkan teknologi baru. Walaupun begitu, peranan guru terutamanya dan juga ibu bapa penting bagi memastikan pencapaian pelajar. Pakej ini juga akan memastikan ciri-ciri interaktif dan juga mesra pengguna sejajar dengan matlamatnya untuk memudahkan pelajar serta menjanjikan persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas.