Sistem Kiosk Tajwid di web / Wan Mohammad Shukri Wan Chik @Wan Din

Ini merupakan laporan bahagian pertama yang mengandungi penerangan terhadap pembangunan Sistem Kiosk Tajwid di Web. Sistem ini merupakan sumber rujukan altenatif kepada pengguna untuk asas ilmu Tajwid. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan kaedah-kaedah kejuruteraan yang sesuai dengan saiz d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mohammad Shukri, Wan Chik @Wan Din
Format: Thesis
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/9170/4/Sistem_kiosk_tajwid_di_tajwid.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/9170/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ini merupakan laporan bahagian pertama yang mengandungi penerangan terhadap pembangunan Sistem Kiosk Tajwid di Web. Sistem ini merupakan sumber rujukan altenatif kepada pengguna untuk asas ilmu Tajwid. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan kaedah-kaedah kejuruteraan yang sesuai dengan saiz dan kritikalnya. Secara keseluruhan, laporan ini mempunyai enam bab sahaja iaitu: bab satu yang membicarakan pengenalan kepada projek, penentuan skop dan objektif serta perancangan yang dibuat bagi menjayakan projek ini; bab dua pula adalah berkaitan dengan kajian literasi yang dilakukan beserta dengan beberapa siri analisis yang dijalankan dan sintesis yang diperohehi; bab tiga pula menyatakan perkara-perkara berkaitan metodologi sistem seperti model pembangunan sistem, spesifikasi-spesifikasi yang berkaitan dan cadangan rekabentuk; bab empat pula pada menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang proses implimentasi seperti pengkodan, penghasilan fail-fail imej dan pembikinan fail-fail audio melalui rakaman suara, tidak ketinggalan senarai nama fail juga turut dimuatkan; bab lima mengandungi kaedah-kaedah pengujian yang dilaksanakan ke atas sistem secara berperingkat-peringkat; dan bab enam iaitu bab yang terakhir membincangkan keseluruhan sistem seperti kelebihan kekurangan dan cadangan di masa hadapan seterusnya disimpulkan sebagai penutup laporan ini. Adalah diharapkan sistem yang dibangunkan ini mampu membantu pengguna dalam usaha mereka mempelajari asas ilmu Tajwid dengan lebih mudah, di samping dapat pula memperkenalkan salah satu daripada ilmu Islam kepada masyarakat melalui web.