Pengetahuan dan teknologi Melayu berhubung penggunaan senjata api: Analisis Naskhah Ilmu Bedil / Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah
Disertasi ini mengusulkan pemerhatian penting ke atas sekelompok naskhah yang merupakan korpus pengetahuan-teknologi orang Melayu berhubung teknik menggunakan senapang istinggar dan terakul; di mana kedua-dua teknologi senjata api itu telah dikenali sejak kurun ke-16 atau ke-17. Kelompok naskhah ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/9095/4/PENGETAHUAN_DAN_TEKNOLOGI_MELAYU.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/9095/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Disertasi ini mengusulkan pemerhatian penting ke atas sekelompok naskhah yang merupakan korpus pengetahuan-teknologi orang Melayu berhubung teknik menggunakan
senapang istinggar dan terakul; di mana kedua-dua teknologi senjata api itu telah dikenali sejak kurun ke-16 atau ke-17. Kelompok naskhah yang dinamakan sebagai Kumpulan Naskhah Ilmu Bedil (KNIB) ini bukan sahaja tidak pernah didalami sehingga sekarang, malah sebahagian besar daripada isinya masih belum didedahkan kepada khalayak umum. Signifikan terbesar yang dibawa oleh KNIB ialah tentang kompleksiti teknologi orang Melayu yang mengetengahkan kecekapan pengendalian peralatan berdasarkan peramatan dan penilaian mengikut jangkaan kebudayaan mereka, di mana teknik pengendaliannya didapati wujud secara berintegrasi dengan komponen unsur bukan fizikal. Justeru, huraian mengenai bagaimana mereka menggunakan "perisian" berteraskan pengetahuan budaya untuk bertindak balas terhadap stimuli teknologi senjata api yang asing menjadi poin penting dalam melihat pengoperasian teknikal yang difahami dengan cara tertentu sebagai pernyataan nilai khusus oleh mereka sebagai pengguna teknologi. Kekhususan tersebut memperlihatkan percanggahan nilai terhadap teknologi tidak sebagaimana yang lazim diterima. Teknologi senjata api digunakan mengikut konteks kebudayaan dan KNIB menterjemahkannya berdasarkan makna keberkesanan aplikasi dalam mod teknik yang spesifik. Dengan demikian, disertasi ini memberikan penegasan bahawa teknologi perlu difahami daripada konstruksi peramatan dan penilaian pihak yang mengadaptasi selaku penerima-pengguna teknologi itu sendiri. |
---|