Pengajian taranum al-Quran di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG): Kajian aplikasi kaedah pengajaran qari di Malaysia / Saidah Haris @ Harith

Taranum al-Qur’an bukanlah perbahasan yang baru dalam perkembangan Islam dan perkembangan pengajian al-Qur’an. Malah, Taranum al-Qur’an adalah amalan yang telah sekian lama dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW. Dalam bidang pendidikan, amalan bertaranum ini menjadi salah satu ilmu yang dipelajari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidah , Haris @ Harith
Format: Thesis
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/8862/1/Saidah_Harise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8862/8/saidah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8862/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Taranum al-Qur’an bukanlah perbahasan yang baru dalam perkembangan Islam dan perkembangan pengajian al-Qur’an. Malah, Taranum al-Qur’an adalah amalan yang telah sekian lama dipraktikkan sejak zaman Rasulullah SAW. Dalam bidang pendidikan, amalan bertaranum ini menjadi salah satu ilmu yang dipelajari dan dipraktikkan. Terdapat pelbagai institusi menawarkan program pengajian dan kursus Taranum al-Qur’an. Institusi-institusi tersebut menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang khusus. Oleh yang demikian, pengkaji telah pun mengkaji beberapa kaedah pengajaran sedia ada di IPG. Justeru, pengkaji juga menganalisis kaedah qari di dalam pengajian Taranum al-Qur’an dan aplikasinya di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut mengkaji kelebihan dan kekuatan kaedah pengajaran yang diguna pakai untuk ditambah baik di Institut Pendidikan Guru Malaysia demi melahirkan guru pelatih yang kompeten dan berkemahiran dalam bidang taranum.