Pandangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh para penumpang – satu kajian kes ke atas para penumpang yang menaiki bas ekspres Mara (Nasional) Berhad / Zainal Arif Abdul Hamid
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian mengenai masalah penumpang-penumpang bas ekspres terutamanya di syarikat bas ekspres Mara (Nasional) Bhd. Tujuan kajian ini untuk menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para penumpang ketika menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan lain-lain aspek ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1986
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8779/4/Pandangan_dan_masalah_masalah_yang_dihadapi_oleh_para_penumpang.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8779/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian mengenai masalah penumpang-penumpang bas ekspres terutamanya di syarikat bas ekspres Mara (Nasional) Bhd. Tujuan kajian ini untuk menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para penumpang ketika menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan lain-lain aspek yang berkaitan dengannya. Di dalam bab pertama pengkaji telah menghuraikan beberapa perkara penting mengenai kajian, seperti tujuan dan bidang kajian, kaedah kajian dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Di dalam bab kedua pengkaji menyentuh soal-soal konsep dan penghuraian dari segi sejarah bas secara umum, penulisan mengenai pengangkutan awam juga penulisan mengenai pengangkutan awam di Negara kita. Disamping itu konsep pentadbiran juga dihuraikan kerana ia mempunyai kaitan dengan kajian. Di dalam bas ketiga pengkaji menerangkan tentang latarbelakang kajian yang merangkumi aspek-aspek lokasi perhentian bas ekspres, sejarah bas ekspres Mara, pentadbiran, lokasi syarikat bas ekspres Mara dan masalah-masalah dihadapi oleh pihak syarikat bas ekspres. Di dalam bab keempat dihuraikan beberapa perkara penting mengenai latarbelakang sosio ekonomi seperti responden yang mencakupi soal-soal umur, bangsa, taraf pendidikan, pendapatan dan pendapatan penumpang mengenai kondakter dan pemandu, mengenai kemudahan-kemudahan di dalam bas ekspres, waktu perjalanan yang menjadi pilihan , bilangan barang-barang dibawa, penggunaan bas ekspres lain, mengenai ketepatan bas sampai, penggunaan perkhidmatan bas ekspres lain, berhenti rehat semasa di dalam perjalanan, pandangan penumpang tentang perkhidmatan yang diberikan, mengenai keselamatan, kemalangan bas di dalam perjalanan, mengenai kelajuan bas , pengetahuan mengenai kemudahan perubatan kecernasan (first aid) , sebab- sebab mengguna bas ekspres , mengenai pertambahan bas, kekerapan datang ke Kuala Lumpur, dating melawat bersama siapa, penggunaan perkhidmatan awam yang lain , sikap tindak balas penumpang jika berlaku ketidakpuashati terhadap perkhidmatan yang diberi. Di dalam bab kelima pula dibincangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh para penumpang terhadap pihak syarikat bas ekspres. Di dalam bab keenam atau bab kesimpulan mer upakan rumusan yang dikait mengenai apa yang dibincangkan di dalam bab-bab sebelumya.
|
---|