The image of the Sikhs in Malaysia / Manvir Kaur

Ini adalah satu kajian deskriptif yang melukiskan imej kaum Sikh di Malaysia Ia cuba mengkaji imej stereotaip orang-orang Sikh dengan meneliti cara penggambaran mereka dalam media massa. Satu kajian soalselidik juga telah dijalankan ke atas sampel 100 orang penuntut di Universiti Malaya untuk menget...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Manvir , Kaur
Format: Thesis
Published: 1986
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/8729/1/Manvir_Kaur_%2D_Academic_exercise.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/8729/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ini adalah satu kajian deskriptif yang melukiskan imej kaum Sikh di Malaysia Ia cuba mengkaji imej stereotaip orang-orang Sikh dengan meneliti cara penggambaran mereka dalam media massa. Satu kajian soalselidik juga telah dijalankan ke atas sampel 100 orang penuntut di Universiti Malaya untuk mengetahui pendapat mereka. Bab 1 menggariskan tujuan, skop dan metod kajian. Beberapa konsep yang berkaitan juga dibincangkan untuk memberikan suatu pemahaman tentang rangka konsep yang digunakan dalam kajian ini. Bab 2 memberikan satu latarbelakang ringkas mengenai sejarah sosial kaum sikh di Malaysia. Ia menggariskan sifat penghijrahan dan struktur pekerjaan mereka yang awal. Ia juga mengkaji corak kontak awal antara orang-orang Sikh dengan kumpulan-kumpulan etnik yang lain di mana imej stereotaip orang-orang Sikh telah diperkuatkan melalui pembahagian masyarakat kolonial mengikut garis-garis etnik. Bab 3 menumpukan kepada penggambaran imej orang-orang Sikh di Malaysia seperti yang dibayangkan dalam media massa. Ia mengkaji imej-imej dahulu dan kini berdasarkan sifat-sifat fizikal, budaya dan sosio-ekonomi yang dikaitkan dengan orang-orang Sikh. Bab 4 mengandungi analisa data kaji selidik yang dijalankan ke atas sampel 100 orang penuntut Universiti Malaya. Bab 5 adalah kesimpulan bagi kajian. Ia meneliti imej kaum Sikh dalam masyarakat Malaysia.