Etnisiti dan persekolahan Cina: Kawasan Larkin, Johor Bahru / Tai Sui Huat @ Peter
Latihan ilmiah ini bertujuan untuk mengenal-pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan aliran pendidikan untuk kumpulan etnik Cina di kawasan perumahan Larkin, Johar Bahru. Sambil itu, satu tinJaun perbandingan di antara ibubapa yang memilih pendidikan Cina dan Kebangsaan juga dikaji bagi t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
1991
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8461/1/Etnisiti_dan_persekolahan_Cina.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8461/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latihan ilmiah ini bertujuan untuk mengenal-pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan aliran pendidikan untuk kumpulan
etnik Cina di kawasan perumahan Larkin, Johar Bahru. Sambil
itu, satu tinJaun perbandingan di antara ibubapa yang memilih
pendidikan Cina dan Kebangsaan juga dikaji bagi tujuan pemahaman
yang lebih mendalam dari segi aspek sentimen identiti, latarbelakang
sosialisasi dan Jaringan hubungan sosial mereka.
Latihan ilmiah ini mengandungi tujuh bab kesemuanya. Bab
pertama merupakan Bab Pengenalan kepada persoalan perbezaan di
antara pendidikan Cina dan Kebangsaan, termasuk juga huraian
kepada kaedah dan jenis penyelidikan yang dikendalikan.
Bab Dua pula merupakan bahagian penerangan kepada konsepkonsep
yang digunakan dengan hipothesis-hipothesis yang disarankan
serta ciri-ciri latarbelakang umum para responden .
Bab Tiga pula melihat kepada sejarah perkembangan kependudukan
serta pendidikan Cina yang telah berlaku di Malaysia.
Pendidikan Cina semasa di Joh6r Bahru juga dilihat dengan tumpuan
khas kepada dua buah sekolah yang dipilih sebagai sampling-frame
kajian; iaitu S.R.J.K. Cina Foon Yew 3 dan S.R.K. Larkin 1 & 2.
Bab Empat melihat kepada sentimen identiti etnik yang dipegang
oleh responden. Indeks yang digunakan untuk menguji sentimen ·
ini meliputi indeks budaya, ekonomi dan politik.
Bab Lima pula meninjau latar-belakang respcnden, dari segi
corak pendedahan interaksi antara etnik di tempat dilahirkan dan diperbesarkan serta peringkat pendidikan •. Pendedahan kepada media
massa menurut aliran bahasa juga dikaji.
Aspek hubungan jaringan sosial semasa responden berdasarkan
corak tipologi pendedahan dan interaksi di peringkat kawasan kependudukan
dan kerja dikaji dalam Bab Enam.
Akhir sekali Bab Tujuh merupakan bab kesimpulan dengan menyimpulkan
segala penemuan dalam kajian latihan ilmiah ini. |
---|