Sumbangan institusi zakat terhadap fakir dan miskin: Kajian perbandingan antara Badan Amil Zakat (BAZ) Riau dan Lembaga Zakat Selangor / Suhaimi
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua institusi zakat yang iaitu Badan Amil Zakat (BAZ) yang terletak di Riau-Indonesia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang terletak di negeri Selangor-Malaysia. Kajian dilakukan untuk mengetahui sejauhmana sumbangan institusi zakat dan perhatiannya terhadap te...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8291/1/All.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8291/6/suhaimi.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8291/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua institusi zakat yang iaitu Badan Amil Zakat
(BAZ) yang terletak di Riau-Indonesia dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang
terletak di negeri Selangor-Malaysia. Kajian dilakukan untuk mengetahui
sejauhmana sumbangan institusi zakat dan perhatiannya terhadap terhadap golongan
yang lemah seperti fakir dan miskin. Analisis perbandingan telah pun dilakukan
untuk melihat persamaan dan perbezaan di antara keduanya, terutama yang dengan
asas undang-undang formal operasional, system pengurusan dan pentadbiran,
sumbangan dalam mengatasi kefakiran dan kemiskinan serta cabaran-cabaran yang
dihadapi kedua institusi tersebut. Kajian kualitatif telah digunakan dalam
penyelidikan ini untuk mendapatkan kesimpulan dengan instrument pengumpulan
data dengan analisis dokumen, pemerhatian dan temubual dengan beberapa pengurus
dari kedua institusi. Temuan kajian mendapati bahawa kedua institusi zakat tersebut
telah menunjukkan peranannya secara nyata dalam mengatasi kemiskinan baik
melalui agihan secara konsumtif (berterusan) mahupun produktif (dalam bentuk
modal). Perbezaan asas antara kedua insitusi tersebut adalah LAZ menekankan
bantuan pendidikan sebagai penyelesasaian kepada masalah kemiskinan jangka
panjang sementara BAZ memfokuskan lebih banyak pada bantuan yang diberikan
langsung kepada orang yang sangat memerlukan supaya bantuan tersebut dapat
dirasakan manfaatnya secara langsung. Perbezaan juga terletak pada system
managemen dan kepimpinan kedua insitusi tersebut, di mana LAZ lebih mudah
dalam pengurusan zakatnya dibandingkan dengan BAZ yang bersifat sentralistik
(berpusat). |
---|