Peranan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam mempromosikan gerakan tabiat membaca di bawah program NILAM / Padlon Abdul Rahman
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti peranan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam usaha mempromosikan gerakan tabiat membaca di bawah Program NILAM. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang minat para pelajar terhadap aktiviti membaca serta melihat reaksi dan komitmen warga s...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/8086/1/Tesis_Padlon_Abd_Rahman.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/8086/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti peranan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dalam usaha mempromosikan gerakan tabiat membaca di bawah Program NILAM. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang minat para pelajar terhadap aktiviti membaca serta melihat reaksi dan komitmen warga sekolah yang lain tentang program tersebut. Kajian telah dijalankan di lima buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Subjek kajian yang dipilih adalah seramai 300 orang pelajar dan 20 orang guru. Para guru yang dipilih adalah terdiri daripada sekelompok individu yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan program NILAM ini. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soalselidik dan soalan temubual. Hasil kajian mendapati, sampel yang terdiri daripada pelajar dan guru masih lagi menaruh kepercayaan terhadap peranan PSS sebagai tempat paling sesuai untuk membaca di sekolah-sekolah. Di samping itu, sejumlah 87% (261) pelajar menyatakan mereka pernah mendapat maklumat tentang Program NILAM. Malahan kebanyakan maklumat adalah diperolehi daripada guru PSS sendiri. Namun daripada jumlah tersebut hanya 68.2% (205) pelajar sahaja yang berminat menyertai program ini. Secara keseluruhannya, walaupun tidak semua warga sekolah berminat terhadap program ini, namun mereka mengakui bahawa program NILAM ini mampu menyemai minat dan mendorong para pelajar untuk membaca sekiranya dilaksanakan dengan lebih bersungguh-sungguh. Justeru, kepentingan PSS sebagai pusat memupuk minat membaca dengan mempromosikan Program NILAM memang berasas. |
---|