Pemikiran Hatta Azad Khan dalam teks drama muzikal kampung baru / Madzlan Abet

Kajian ini menggunakan Teori Marxisme dengan pendekatan Model Pencerminan yang bertujuan melihat pemikiran Hatta Azad Khan dalam teks drama Muzikal Kampung Baru. Objektif dalam kajian ini ialah untuk mengkaji pemikiran, persoalan-persoalan dari aspek politik, ekonomi serta mengenal pasti nilai-ni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Madzlan, Abet
Format: Thesis
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6824/4/madzlan.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6824/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menggunakan Teori Marxisme dengan pendekatan Model Pencerminan yang bertujuan melihat pemikiran Hatta Azad Khan dalam teks drama Muzikal Kampung Baru. Objektif dalam kajian ini ialah untuk mengkaji pemikiran, persoalan-persoalan dari aspek politik, ekonomi serta mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat di dalam teks drama Muzikal Kampung Baru. Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan kurangnya pengdokumentasian teks drama-drama muzikal beliau serta terdapat banyak penerapan nilai-nilai sosial yang dibangkitkan oleh Hatta Azad Khan. Metodologi yang telah digunakan ialah berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah penggumpulan data, kajian lapangan dan juga temuramah. Hasil kajian mendapati bahawa teks drama Muzikal Kampung Baru merupakan refleksi kepada kisah sebenar yang berlaku di Kampong Bharu, Kuala Lumpur di mana penghasilan karya kreatif itu mempunyai hubung kait dengan penulis. Maka hal ini menjadikan Hatta Azad Khan sebagai seorang penulis yang prolifik sehingga ke hari ini kerana beliau gemar mengangkat naskah yang berkaitan dengan kerencaman sosial masyarakat marhaen. Jadi kajian ini mengesahkan karya Hatta Azad Khan dipengaruhi oleh teori Marxisme.