Adaptasi sosiobudaya orang laut di Kecamatan Tanah Merah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, Indonesia / Sitti Rahmah Wahab
Orang Laut adalah sebutan kepada golongan “suku asli” yang ada di Riau. Nama tersebut dikenali oleh masyarakat Riau sejak Kerajaan Riau Lingga. Mereka juga disebut dengan “masyarakat terasing atau terpulau” kerana memiliki ciri-ciri sebagai masyarakat yang hidup terpulau dan nomad, tinggal di dal...
保存先:
第一著者: | |
---|---|
フォーマット: | 学位論文 |
出版事項: |
2016
|
主題: | |
オンライン・アクセス: | http://studentsrepo.um.edu.my/6597/1/rahmah.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/6597/ |
タグ: |
タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
|
要約: | Orang Laut adalah sebutan kepada golongan “suku asli” yang ada di Riau. Nama
tersebut dikenali oleh masyarakat Riau sejak Kerajaan Riau Lingga. Mereka juga
disebut dengan “masyarakat terasing atau terpulau” kerana memiliki ciri-ciri sebagai
masyarakat yang hidup terpulau dan nomad, tinggal di dalam sampan, mengembara
di laut bebas. Orang Laut sekarang ini sudah naik ke darat dan menetap, mereka
masih digolongkan sebagai salah satu Komuniti Adat Terpencil (KAT) yang wujud
di Kabupaten Indragiri Hilir, Riau. Mereka sudah menyesuaikan diri dengan keadaan
lingkungan yang baharu. Oleh itu, menarik bagi peneliti mengkaji adaptasi
sosiobudaya Orang Laut di Kecamatan Tanah Merah, Kabupaten Indragiri Hilir,
Riau. Adapun objektif kajian ini adalah: menjelaskan kehidupan sosial Orang Laut,
mengkaji adaptasi sosiobudaya Orang Laut dengan mengamati proses dan strategi
adaptasinya, mengkaji pola dan faktor adaptasi sosiobudaya Orang Laut serta
menjelaskan pandangan Orang Laut terhadap adaptasi sosiobudaya mereka. Kajian
ini menggunakan pendekatan kualitatif. Adapun bahan-bahan kajian ini diperoleh
dengan pelbagai cara iaitu, kerja lapangan (field work), pemerhatian (observation),
soal selidik serta penyelidikan dari bahan-bahan bertulis dan dokumen. Penemuan
kajian ini mendapati bahawa adanya aktiviti adaptasi sosiobudaya dalam bentuk
proses penyesuaian dalam aspek lingkungan tempat tinggal misalnya, sebelum naik
ke darat mereka memperkenalkan diri dahulu dengan persekitaran masyarakat yang
ia tujui, kemudian baru membangunkan penempatan, penempatan yang dibangunkan
bermula dari sederhana hingga moden, ekonomi dari nelayan hingga
mengembangkan usaha lain, agama dari sekedar pengakuan hingga menjadi muslim
yang sebenarnya, pernikahan mereka sudah menyesuaikan dengan budaya setempat,
mereka pula telah ramai yang berkahwin dengan orang luar dari Orang Laut. Dalam
bidang politik Orang Laut sekarang sudah ada yang menyertai parti politik namun
belum ada yang mendapatkan kursi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Hal
tersebut menunjukkan bahawa strategi dan peluang-peluang yang mereka gunakan
telah memberikan citra untuk membuat mereka tetap survive. Pola adaptasi pada
umumnya mengikuti perkembangan sosiobudaya masyarakat setempat, namun
khusus di Desa Tanjung Pasir mempunyai pola tersendiri yang mereka kembangkan.
Dapatan kajian ini secara umum memperkukuh kajian-kajian terdahulu dan teori
adaptasi Steward, Rappaport, Alland, Bennett dan Hardesty. Huraian Vadya dan
Rappaport selari dengan prilaku Orang Laut di Desa Tanjung Pasir yang boleh
digolongkan sebagai perilaku adaptif yang bersifat unik atau “idiosyncratic”. Kajian
ini juga mendukung teori perubahan khususnya terhadap Orang Laut di Desa Sungai
Laut kerana adaptasi yang mereka alami baru dalam tahap perubahan, belum
mengalami proses dan strategi adaptasi yang sebenarnya, sebagaimana desa-desa
lainnya. |
---|