Adaptasi sosiobudaya orang laut di Kecamatan Tanah Merah Kabupaten Indragiri Hilir, Riau, Indonesia / Sitti Rahmah Wahab

Orang Laut adalah sebutan kepada golongan “suku asli” yang ada di Riau. Nama tersebut dikenali oleh masyarakat Riau sejak Kerajaan Riau Lingga. Mereka juga disebut dengan “masyarakat terasing atau terpulau” kerana memiliki ciri-ciri sebagai masyarakat yang hidup terpulau dan nomad, tinggal di dal...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Sitti Rahmah, Wahab
格式: Thesis
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://studentsrepo.um.edu.my/6597/1/rahmah.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6597/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Orang Laut adalah sebutan kepada golongan “suku asli” yang ada di Riau. Nama tersebut dikenali oleh masyarakat Riau sejak Kerajaan Riau Lingga. Mereka juga disebut dengan “masyarakat terasing atau terpulau” kerana memiliki ciri-ciri sebagai masyarakat yang hidup terpulau dan nomad, tinggal di dalam sampan, mengembara di laut bebas. Orang Laut sekarang ini sudah naik ke darat dan menetap, mereka masih digolongkan sebagai salah satu Komuniti Adat Terpencil (KAT) yang wujud di Kabupaten Indragiri Hilir, Riau. Mereka sudah menyesuaikan diri dengan keadaan lingkungan yang baharu. Oleh itu, menarik bagi peneliti mengkaji adaptasi sosiobudaya Orang Laut di Kecamatan Tanah Merah, Kabupaten Indragiri Hilir, Riau. Adapun objektif kajian ini adalah: menjelaskan kehidupan sosial Orang Laut, mengkaji adaptasi sosiobudaya Orang Laut dengan mengamati proses dan strategi adaptasinya, mengkaji pola dan faktor adaptasi sosiobudaya Orang Laut serta menjelaskan pandangan Orang Laut terhadap adaptasi sosiobudaya mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Adapun bahan-bahan kajian ini diperoleh dengan pelbagai cara iaitu, kerja lapangan (field work), pemerhatian (observation), soal selidik serta penyelidikan dari bahan-bahan bertulis dan dokumen. Penemuan kajian ini mendapati bahawa adanya aktiviti adaptasi sosiobudaya dalam bentuk proses penyesuaian dalam aspek lingkungan tempat tinggal misalnya, sebelum naik ke darat mereka memperkenalkan diri dahulu dengan persekitaran masyarakat yang ia tujui, kemudian baru membangunkan penempatan, penempatan yang dibangunkan bermula dari sederhana hingga moden, ekonomi dari nelayan hingga mengembangkan usaha lain, agama dari sekedar pengakuan hingga menjadi muslim yang sebenarnya, pernikahan mereka sudah menyesuaikan dengan budaya setempat, mereka pula telah ramai yang berkahwin dengan orang luar dari Orang Laut. Dalam bidang politik Orang Laut sekarang sudah ada yang menyertai parti politik namun belum ada yang mendapatkan kursi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR). Hal tersebut menunjukkan bahawa strategi dan peluang-peluang yang mereka gunakan telah memberikan citra untuk membuat mereka tetap survive. Pola adaptasi pada umumnya mengikuti perkembangan sosiobudaya masyarakat setempat, namun khusus di Desa Tanjung Pasir mempunyai pola tersendiri yang mereka kembangkan. Dapatan kajian ini secara umum memperkukuh kajian-kajian terdahulu dan teori adaptasi Steward, Rappaport, Alland, Bennett dan Hardesty. Huraian Vadya dan Rappaport selari dengan prilaku Orang Laut di Desa Tanjung Pasir yang boleh digolongkan sebagai perilaku adaptif yang bersifat unik atau “idiosyncratic”. Kajian ini juga mendukung teori perubahan khususnya terhadap Orang Laut di Desa Sungai Laut kerana adaptasi yang mereka alami baru dalam tahap perubahan, belum mengalami proses dan strategi adaptasi yang sebenarnya, sebagaimana desa-desa lainnya.