Kesepaduan personaliti dalam kalangan pelajar sarjana muda pendidikan IPTA di Malaysia / Samsul Aripin

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dimensi-dimensi yang mempengaruhi kesepaduan personaliti dalam kalangan mahasiswa sarjana muda pendidikan pada empat buah universiti di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik path analisis dengan membentuk dan menguji model pengukuran kesepaduan personaliti, s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samsul, Aripin
Format: Thesis
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/6566/4/samsul.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/6566/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau dimensi-dimensi yang mempengaruhi kesepaduan personaliti dalam kalangan mahasiswa sarjana muda pendidikan pada empat buah universiti di Malaysia. Kajian ini menggunakan teknik path analisis dengan membentuk dan menguji model pengukuran kesepaduan personaliti, sikap mengikut kumpulan, autonomi, penilaian kendiri yang positif, persepsi realiti dan menguasai persekitaran mahasiswa di IPTA. Kemudian, satu model penuh a priori kesepaduan personality dibentuk bersandarkan pada teori dan sorotan literatur bagi menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dipilih. Model penuh a priori yang dicadangkan diuji sama ada konstruk yang dipilih fit dengan baik dan boleh mewakili data kajian. Satu set alat ukur telah diadaptasi daripada instrumen pengukuran Mental Health Inventory (MHI) dan telah ditadbirkan di empat buah IPTA sekitar Lembah Klang iaitu UM, UKM, UPM dan UiTM. Seramai 1715 responden telah digunakan dalam analisis ini. Analisis factor konfirmatori (CFA) dijalankan untuk menentukan konstruk terbaik bagi mewakili pemboleh ubah laten yang dikaji. Didapati dalam analisis CFA, kesemua model pengukuran didapati fit dengan sederhana dan boleh mewakili data kajian. Ini adalah kerana nilai GFI, AGFI, CFI di antara aras 0.60 hingga menghampiri 0.80 manakala RMSEA di atas aras 0.06 dan di bawah 0.10. Seterusnya, dalam model path analisis kesepaduan personaliti bagi keseluruhan IPTA juga fit dengan data empirikal pada nilai GFI= 0.995, AGFI= 0.891, CFI= 0.992 dan RMSEA= 0.123. Berdasarkan hasil kajian path analisis bagi keseluruhan IPTA mendapati bahawa kesan persepsi realiti (PR) dan menguasai persekitaran (MP) terhadap kesepaduan personaliti (KP) dimediasi secara separa oleh sikap mengikut kumpulan (SMK) dan autonomi (AUTNI). Manakala kesan penilaian kendiri yang positif (PKP) terhadap kesepaduan personaliti (KP) dimediasi secara penuh oleh sikap mengikut kumpulan (SMK) dan autonomi (AUTNI).